Friday, December 2, 2011

DIA di hati aku T_T

Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama – pertama, tidak yakin kepada Allah. Kedua, tidak yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Solanya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan?
Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pemikiran dengan belajar. Manakala yakin itu di hati, dimiliki dengan tarbiah dan mujahadah.

Sebab pertama dan kedua dinamakan Iman – yakin kepada Allah dan Hari Akhirat. Kedua sebab itu menumbuhkan sebab yang ketiga yakni ukhwah atau persaudaraan (kasih sayang). Dengan iman kepada Allah, terbentuklah kasih sayang sesama manusia. Jika ditanya, siapakah manusia yang paling kasih kepada manusia lain? Jawabnya, mudah. Siapa yang paling kasih kepada Allah maka dialah yang paling kasih kepada manusia.

Mengapa begitu? Kerana jika kita ingin mengasihi Allah, Allah letakkan syarat agar kita mengasihi hambaNya. Allah minta manusia yang hendak mengasihiNya menjadi saluran untuk Dia mengasihi hamba-hambaNya yang lain. Kita mesti menjadi saluran Allah untuk menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang, keadilanNya kepada manusia.

Jadi, jika kenyataan ini dipandang dari sisi yang lain, kita boleh tegaskan begini: Hanya orang yang hatinya benar-benat yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain. Jika ada manusia yang ingin menaburkan jasa dan kebaikan kepada manusia, tetapi tidak nampak sedikitpun keseriusannya untuk mendekati Allah, maka hubaya-hubaya (berjati-hati), besar kemungkinan dia hanya berpura-pura. Boleh jadi dia memberi untuk mendapat pulangan yang lebih besar lagi!

Betapa ramai manusia yang mendabik dada ingin membuat kebaikan kepada manusia lain tetapi mengabaikan hubungannya dengan Allah. Mungkin sama ramainya dengan manusia yang mendakwa hubungannya sangat akrab dengan Allah tetapi meminggirkan hubungan sesama manusia. Inilah yang telah  menimbulkan golongan manusia yang gila kuasa, cinta kedudukan, dan obsesi ekonomi… kononnya untuk meneruskan legasi jasa kepada orang lain.       

Jangan kita lupa ‘yakin kepada Allah’ adalah kunci kepada segala kebaikan dan kejujuran. Dan jangan kita lupa pula ‘cinta kepada dunia’ itu kepala kepada segala kejahatan. Jika Allah dipinggirkan dalam diri, keluarga, masyarakat, pertubuhan, negeri atau sesebuah negara, maka jangan sekali-kali kita percaya dakwaan diri itu, keluarga itu, keluarga, pertubuhan, negeri atau negara itu untuk berjasa kepada manusia!

Seruan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan syariat dan akhlak Islamiah mesti mendominasi seruan-seruan yang lain. Dasar dakwah Islamiah adalah mengajak orang ramai merdeka daripada penghambaan sesama manusia untuk bebas menghambakan diri kepada Allah. Menyedarkan manusia agar memburu kelapangan Hari Akhirat dengan meninggalkan kesempitan dunia – maksudnya, menggunakan nikmat dunia untuk menadapatkan kenikmatan syurga! Dan akhirnya, meninggalkan kezaliman sistem hidup buatan manusia untuk mendapat naungan keadilan sistem hidup Islam.

Di mana Allah dalam hati, keluarga, masyarakat dan pertubuhan kita? Itulah satu muhasabah untuk difikirkan jika kita benar-benar jujur untuk menabur bakti kepada manusia. Inilah jalan para rasul, nabi, sahabat-sahabat dan umumnya para salafussoleh yang telah banyak menabur bakti kepada manusia lain. Merekalah individu yang rapat dengan ummah untuk mengetahui apa masalah mereka dan akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah itu!

Marilah kita imbau enekdot-enekdot dalam lipatan sejarah untuk mengetahui betapa roh tauhid itulah yang menjadi obor kepada perjuangan mereka untuk menabur bakti kepada manusia lain… Mereka adalah insan yang berbakti kepada manusia lalu dikurniakan kuasa, bukan menjadikan kuasa sebagai syarat untuk menabur jasa. Allah jualah yang memberi kuasa dan menarik kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Marilah kita renungi sama-sama renungi apa yang pernah saya tuliskan dalam buku: DI MANA DIA DI HATIKU?
Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.
Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.
Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.
“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.
Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.
Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!
Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?
Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?
Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan.  Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”
Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…
Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.
Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.





http://genta-rasa.com/2011/12/02/di-mana-allah/#more-1806


~menGintai taRbiyah~

~hari berGanti hari,
aku termenung mengenang diri,
sakit dengan manusia yang sering menghukum nafsi,
aku tersenyum pada diri sendiri,
tapi menangis dalam hati,
cepat-cepat kupujuk dengan bisikan Ilahi,
terus hati aku menari-nari,
betapa Tuhan aku itu sering mengerti,
mengapa aku harus endah dengan manusia yang tidak mahu peduli?
bermacam-macam ragam yang aku hadapi setiap hari,
sungguh ia menjadi tarbiyah buat diri,
allah mengajar aku erti hidup ini,
mereka cakap,tarbiyah itu hanya didapati di usrah yang sering dihadiri,
diperoleh melalui daurah yang selalu didengari
tapi aku tidak setujui,
aku mengintai-intai tarbiyah di sekeliling manusiawi,
mendongak ke ukhrawi,menunduk duniawi,
aku tersenyum lagi,
sungguh,aku ingin kembali,
mewarnai diri,dengan ayat-ayat Ilahi,
yang tidak pernah aku bosan walau sekali,
allahu rabbi,,janganlah tinggalkan aku walau sesaat berlalu pergi,
Aku mengintai tarbiyah itu sekali lagi,,
dan entah kenapa..tersenyum tidak henti,
Terima kasih wahai rabbi,,
enta maqsuudi,wa ridhaka matluubi..T_T ~





Friday, November 11, 2011

~kaWin?niKah?~


Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad S.A.W

Hoho,ni kali ke-3 update blog dalam minggu ni.Ewah-ewah,over nampak,kui3.Sebab dah lama tak ziarah blog ni.Alang-alang ziarah tu,bia samapai tuan rumah halau,haha.Esok ada exam sebenarnya.Exam madah Fiqh Ahwal Syakhsiah.Subjek ni tentang munakahat atau nama Melayunya,perkahwinan.Memang mengantuk sebenarnya madah ni,sebab banyak tentang perkahwinan.Maklumla,tak der pengalaman,haaha.Tapi lama-lama baca buku ni,alhamdulillah banyak fikrah ana sal perkahwinan ni,berubah,cheewah.Kira boleh r nak jadi penasihat kat kawan-kawan yang rasa nak kawin awal tu,hehe.Bukak fb td,jumpa group "Kami nak kawin awal".So,ana ada la tertarik dengan pandangan seorang ukhti ni.So,jom baca jap.^_______^


"Antara perkara yang memeningkan orang-orang bujang bila berkaitan dgn hal munakahat adalah duit.Mak ayah suruh tunggu sampai habis degree atau dh ad 3kunci pun famous juga..

hakikatnya semua itu bukan masalah..betul x?
tp utk memahamkn org lain bukan senang.
walaupun kita tahu je..
Allah dan RasulNya dh beritahu awal2 sejak 1400 tahun dulu..

-Saidina Ali dulu xad ap2 harta waktu nk nikah dgn Saidatina Fatimah ,yang ad cuma sepasang baju besi yang dijadikn sebagai mas kahwin..kita 'APA YANG ADA?'
rasanya kita lebih kaya dpd Saidina Ali .

jom baca ni..

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)



“Barangsiapa yang dimudahkan baginya untuk menikah, lalu ia tidak menikah maka tidaklah ia termasuk golonganku” (HR.At-Thabrani dan Al-Baihaqi).

Firman Allah:" Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. "(An-Nur:32)

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:

"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu. Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

Maksudnya: “Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

Dari fatimah binti Qais , Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid” Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda “Nikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."{HR. Al-Hakim}

"Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata."{HR. Bukhari}

Umar ibnul Khathab r.a mengatakan tentang masalah sebaik-baik mahar :

“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita, karena kalau mahar itu dianggap sebagai pemuliaan di dunia atau tanda takwa kepada Allah SWT, tentunya Rasulullah SAW lebih dahulu daripada kalian untuk berbuat demikian”[HR. Abu Dawud]

“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai

pemberian dengan penuh KERELAAN.” (QS.An Nisa’ : 4)

Thursday, November 10, 2011

~IziNkan aKu kemBali..~


wahai tuhan jauh sudah lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu
wahai tuhan aku lemah
hilang berumur noda
hapuskanlah terangilah jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa
Ya robbi, izinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu
ampunkanlah aku terimalah taubatku
sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa
berikanlah aku kesempatan waktu
aku ingin kembali kembali...
dan meski aku tak layak sujud padamu
dan sungguh tak layak aku...(opick)
Sungguh aku ingin kembali,,
kembali padaMU,,

BetaPa aku lEmah ya Allah,
terSungkur denGan Ujian,
tapi aku tidak ingin tERUS KekaL reBah dengan seMua ini,
pinjamkan aku KekuatanMU,,

pujuKlah aku dengan KeyakinanMU syUrgaMu,,T_T

Sunday, November 6, 2011

~kAtANyA KaU SEoRang PeJuang~


Duhai Si Mujahid

Katanya kau seorang pejuang Tapi ikhtilatmu tidak dijaga

Katanya kau seorang pejuang
Tapi kau masih assobiyyah

Katanya kau seorang pejuang
Tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu

Katanya kau seorang pejuang
Cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNya

Katanya kau seorang pejuang
Kau sibuk update isu semasa berbanding Al-Quran 1 juzuk sehari


Katanya kau seorang pejuang
Kau tak pun berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih layan muzik-muzik yang lagha

Katanya kau seorang pejuang
Tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

Katanya kau seorang pejuang
Kau lebih bela jemaah berbanding islam

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

Katanya kau seorang pejuang
Mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

Katanya kau seorang pejuang
Ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat


Katanya kau seorang pejuang
Kau sering tinggal qiamullail bebanding mengamalkannya

Katanya kau seorang pejuang
Berapa banyak ummat yang kau ziarah?

Katanya kau seorang pejuang
Kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

Katanya kau seorang pejuang
Hidupmu masih senang lenang dan mewah

Katanya kau seorang pejuang
Kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

Katanya kau seorang pejuang
Kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

Katanya kau seorang pejuang
Kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

Katanya kau seorang pejuang ~ ;(

by: Oh! Islam

Tuesday, July 26, 2011

~mOGA tERUBAt riNduku!~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,hari ni.27 Julai 2011,ada 4 hari lagi nak tetamu itu akan datang berziarah walau cuma sebulan,sungguh rasa tidak sabar mahu menyambutnya!Kali nie,first time tak sambut Ramadhan kat tempat sendiri,huhu.Terbayang-bayang masjid Muhammadi.Rindu nak pergi masjid dengan abah n umie.Masa subuh pulak,ikut abah solat n p dengar ceramah.Arghh,sakitnya perasaan rindu itu.
Memang tiap-tiap hari rasa tak jemu tengok kalendar kat phone.Rasa masa sangat lambat berlalu.Cepatla RAMADHAN datang,tak sabar nak pergi masjid,dah tak mampu nak tahan rasa rindu ni.Masa ni je boleh pergi masjid,kalau tak,asyik tutup je masjid tu untuk perempuan,sobs3,,sedih betol.
Tadi terbaca artikel iluvislam.Tibe-tibe je rasa penulis artikel tu,berkongsi perasaan dengan ana,hehe.Ye la kowt.Jom baca jap,sama-sama kongsi.^_^

Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,

Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu, Penuhilah hari-harinya dengan beribadat, Kejarlah syurga dan jauhilah neraka, Moga bahagia sepanjang hayat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui" (Al-Baqarah ayat:184)

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur". (Al-Baqarah ayat:185)

"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun".
(Bukhari-Muslim)



BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.

Saturday, July 9, 2011

La Tas'aluni


لا تسألوني عن حياتي
Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku

فهي أسرار الحياة
Ia adalah rahsia sebuah kehidupan

هي منحة هي محنة
Ia adalah anugerah,Ia adalah ujian

هي عالم من أمنيات
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita

قد بعتها ألله
Aku telah menjualnya kepada Allah

ثم مضيت في ركب الهداة
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

لا تسألوني عن حياتي
Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku

أما طريقي فهو قرأن...وسيف...وابتلاْ
Jalan hidupku adalah Quran..pedang..dan ujian

الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
Allah telah memberkatinya dan para Nabi yang terdahulu telah melaluinya

ومواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
Para syuhada' telah menyirami jalan ini dengan darah mereka

فاذا به روض ذكي
Maka jadilah ia taman indah

في اطار من ضياء
Yang dikelilingi cahaya

لا تسألوني عن حياتي
Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku

أما مصيري فهو
Sedangkan penghujung perjalananku

ما يرضي الإله وما يريد
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginiNYA

الفوز بانصر المبين
Keuntungan dengan kemenangan nyata

او الشهادة والخلود
Atau kesyahidan dan keabadiaan

فاذا وجدت على الثرى
Jika engkau telah berada di muka bumi

والعمر محدود الحدود
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas

فكن البطولة والهداية
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk

او فيا بءس الوجود
Jika tidak,alangkah buruknya kewujudanmu

لا تسألوني عن حياتي
Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku

فهي أسرار الحياة
Ia adalah rahsia sebuah kehidupan....

Friday, July 8, 2011

~Cari Gali tentAnG JOrdan~


Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum W.B.R

Alhamdulillah,masih lagi diberi kesempatan untuk membersihkan sawang-sawang di blog ana setelah ana ternampak semakin banyak labah-labah bersuka ria bersama famili masing-masing mengadakan rehlah di blog ana ini,hahah.Hari nie,nak cerita tentang Jordan,atau lebih dikenali dengan bumi Syam,tempat ana menuntut ilmu sekarang.Macam biasa la,time-time hujung minggu nie,ana memang suka berdiskusi dengan mak cik Google yang sentiasa ada masa ana perlukan dia,,hehe.Ditakdirkan,junior-junior ana yang baru menjejak kan kaki di Jordan nie,bertanya tentang Jordan dan sejarah-sejarahnya kat sini.Masa diorang tanya tu,baru diri ni rasa insaf.Rupa-rupanya banyak lagi yang ana tak tahu sal Jordan ni.Haish,,masalah betol la,dah tahu tak tahu tu,bukannya nak ambil tahu,buat-buat tak tahu,lama-lama jadi la taucu,adik beradik tauhu.

Ok,,ana pun cepat-cepat la pergi rujuk dengan mak cik Google ana nie.Setakat nie,tu je la maklumat yang baru diperoleh,kena banyakkan lagi majlis ilmu dengan dia,,ehehe.(Jangan tiru aksi ini).Ni la hasil daripada perbincangan kita orang.Jom baca jap,nak jadi pengkritik sementara pon boleh gak,,^________^.

- Nama
Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yg bermaksud kekuatan dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh a.s

- Politik
Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui pilihanraya yang diadakan. Walaubagaimanapun pelantikan Perdana Menteri terletak di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang memerintah ialah Hizbul Watani atau Parti Negara manakala parti pembangkang adalah Hizbul Islami atau Parti Islam atau Parti Pekerja Islam.

- Kedudukan Geografi
Barat Daya Asia , 290 11' - 330 22' Utara dan 340 59' - 390 18' Timur , seluas : 92 300 km2

-Topografi
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan. Laut Mati dan Wadi Araba. Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut. Menuju ke Timur, ketinggiannay semakin bertambah dari Utara ke Selatan dengan direntasi aliran sungai dan lembah. Puncak tertinggi di Jordn adalah gungung UMM ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter. Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 KM. Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam.

- Iklim
Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin. Iklim mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yg sederhana dan musim dingin yang sejuk. Manakala kawasan ghawr adalah terlalu panas semasa musim panas dan sederhana panas sewaktu musim dingin. Purata suhu dalam bulan Januari di Amman, Irbid dan Aqabah adalah 7.3, 8.5 dan 16.1 oC secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7, 24.7 dan 31.2 oc pada bulan Julai. Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah.
Jordan juga mengalami perubahan 4 musim ;

Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos (6,7,8)
Musim Luruh antara bulan September hingga November (9,10,11)
Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari (12,1,2)
Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei (3,4,5)

- Tumbuhan semulajadi
tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala hutan, pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan.

- Populasi
5 759 732 orang penduduk ( statistik Julai 2005 )

- Bahasa
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama

- Agama
92 % penduduk Muslim Sunni, 6 % Kristian , 2 % agama lain seperti Druz

-Bandar Utama
Amman sebagai ibu negara, Irbid di Utara Jordan, az-Zarqa'

- Ekonomi
Pada permulaan penubuhan, kerajaan Jordan bergantung kepada dua sumber ekonomi :
- Sumber di dalam negara seperti cukai, hasil-hasil perkhidmatan dan sebagainya.
- Sumber luar iaitu daripada bantuan dan pinjaman luar.

Menjelang 70-an, Jordan telah mengembangkan sektor-sektor lain seperti pertanian, perdagangan dan perindustrian. Kegiatan perdagangan Jordan meliputi import bahan makanan, petrol dan bahan galian manakala eksport pula adalah fosfat, minyak zaitun, karpet,simen, barangan kulit, buah-buahan dan sayuran. Sektor pertanian pula adalah yang terpenting dan menjadi antara mata pencarian keluarga yang utama di sini. Lebih daripada 40 peratus penduduknya terlibat dengan sektor pertanian. Sistem yang digunakan kini telah banyak berubah setelah kemasukan teknologi pertanian moden dan menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Hasil utama adalah gandum,sekoi,sayur-sayuran dan buah-buahan Mediterranean. Kawasan utama pertanian adalah Aghwar.

- Perbezaan waktu dengan Malaysia
Perbezaan waktu dengan Malaysia pada musim panas ialah lewat 5 jam manakala pada musim dingin, perbezaan itu menjadi lewat 6 jam berbanding Malaysia.

- Matawang Jordan
Matawang Jordan ialah Dinar (JOD / JD). Ia boleh dikategorikan kepada :

1) Wang Kertas
Wang kertas terdiri daripada JD 1, 5, 10, 20, 50, 100. Wang kertas JD100 jarang digunakan. Menjadi kebiasaan jual beli di pasar-pasar, Dinar disebut Lira kerana terpengaruh kepada sebutan matawang Turki iaitu Lira.



2) Wang Syiling
Wang syiling pula ialah JD 0.010 (1 qirsy), 0.050 (biasa di sebut 'syiling'), 0.100, 0.250, 0.500. Sebelum ini wujud JD 1 dalam bentuk syiling tetapi dimansuhkan penggunaan tersebut kerana kemaslahatan dan juga keselamatan dalam urusniaga. Nilai terkecil matawang Jordan ialah fills. Istilah ini jarang digunakan oleh penduduk setempat tetapi mereka kerap malah biasa menggunakan 'Qirsy'. Namun demikian, bukan istilah yang janggal sekiranya mahasiswa Malaysia menggunakan istilah asal iaitu 'Fills'.

3) Kadar matawang
1 Qirsy = 10 fills
10 Qurusy = 100 fills
100 Qurusy = 1000 fills = JD 1

4) Kadar pertukaran matawang antarabangsa
USD 100 = JD 70.800 (menurut pertukaran semasa)

- Makanan di Jordan
Makanan asasi adalah roti yang dimakan dengan keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan tradisional ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam. Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika tetamu berkunjung ke rumah.

Antara makanan lain ;
- Falafil - kacang hijau dikisar dan digoreng umpama kuih masalodeh di Malaysia
- Syawarma - umpama kebab di Malaysia
- Bamiya - sayur bendi dimasak dengan sos tomato

- Universiti utama di Jordan
1) University of Jordan,Amman
2) Yarmouk University, Irbid
3) Mu'tah University,Karak
4) Al al-Bayt University, Mafraq
5) Jordan University of Science and Technology (JUST), Irbid
6) Hashemite University, Zarqa'
7) Balqa' Applied University, Amman
8) Philadelphia University, Amman

Thursday, June 30, 2011

~coPy paSte~


Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
di kala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMU
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
sekalipun tanganku penuh debu
sedangkan pintu itu seputih susu dan salju
kerana ku tahu
Tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNYA memenuhi segala

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
tanpa jemu,tanpa malu
selagi ku memanggilnya,DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa,ada pahala
namun DIA YANG MAHA MULIA
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih

(MAZA)

P/S:kali nie,copy paste puisi dr asri,terjumpa kat blog dia masa merayau-rayau bersama pak cik google,,hoho.Memang sejak dulu lagi ana suka puisi,kalau time-time terlebih perasaan itu,maka,akan terhasil lah puisi dari ana yang entah ape2.Janji boleh lepaskan tension,eheh.Tapi puisi yang nie,memang buat diri rasa sebak,huhu,,nak dekatkan apa yang jauh.Hasbiyaallah,redhalah dengan diri ini,wahai Tuhan.

Saturday, June 25, 2011

~Berbahagia dalam Kesakitan~


Bismillahirrahmanirrahim,,

Salamun alaikum kepada semua sahabat-sahabat ana,,:)

Maaf,,membiarkan blog tersengih sebegitu lama dengan hanya memaparkan tajuk sahaja,,hehe,,tengok tajuk kat new post pon da rasa sakit.Actually,hari ini baru rasa sihat sikit,alhamdulillah.Hampir seminggu diri ini ditimpa demam+migrain,,dek penangan musim soifi ni,huhu.Rasa sangat-sangat tak berdaya.Subhanaallah,betapa rasa lemah tika nikmat yang allah bagi pinjaman itu ditarik buat seketika.Bagaimana pula dengan nikmat nyawa? Akan ditarik juga secara tiba-tiba.Semoga ana mati dalam kesudahan yang baik.

Cakap sal sakit,memang tak habis nak cerita kowt,hehe.Masa kat Malaysia lagi,allah banyak uji dengan kesakitan fizikal.Memang antibody lemah kowt.Mana tak nyer,asyik berpersatuan je dalam bilik tu,nak jeling manja kat padang sekolah pon susah,hehe.Memang tak sempat nak bersukan.Okla,tu dulu.Sebagai orang Islam,kena jaga kesihatan.Kita pegang amanah,tubuh badan tu,bukan milik kita ok,Allah bagi pinjam.So,kena jaga betol-betol la kan(berleter tuk diri sendiri,hoho).Maklumla,baru sedar diri,heh.

Hurm,time sakit tu,mula la fikir macam-macam.Ana ni,dah nak mati ke?Lain macam je sakit ni,Huhu,amalan tak banyak ag,rasa malu nak jumpa Allah time sakit macam ni.Amat bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah bagi sebelum ni.Tapi nikmat sihat tu,ujian jugak sebenarnya kan?Mana taknye,masa sihat tu la banyak buang masa.Tak guna nikmat anggota badan yang Allah bagi tu betol-betol.Kan boleh buat ibadat sunat banyak2 time sihat ni.Astaghfirullah,maafkan hambamu ini Ya Allah.

Tapi,kalau fikir-fikir balik,rasa syukur and bahgia time sakit tu,walaupun hakikatnya memang sakit,hehe.Sebab rasa Allah sayang lebih,hoorey.At least pujuk hati la konon.Allah kan bagi sakit salah satu sebabnya nak hapus dosa hamba-hambaNYA.

Rasulullah Saw bersabda:

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki tatau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).



Waah,,terus tersenyum dalam kesakitan.Lepas tu,rasa sebak,nak nangis.Macam tu sekali Allah sayangkan hamba-hambaNYA kan?Ana lebih rela dapat kaffarah dosa dengan sakit daripada Allah bawak dosa-dosa tu kat akhirat,huhu,wa ilya zubillah.Terus rasa tak nak mengeluh dengan sakit dah.Nak senyum je kalau sakit(takut doktor confius lak,kui3)

Sakit pon,ada kebaikannya jugak kan,bukan sihat je..Nak tau?Ok,,sila lihat bawah,hehe.

1. Menghapus Dosa,

Ini merupakan keutamaan yang besar dari Allah Swt karena dengan sakit yang diderita oleh seorang muslim, dosa yang pernah dilakukannya boleh terhapus karena penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kafarat (penebus) dosanya.


2. Tetap Mendapatkan Pahala Dari Amal Kebaikan Yang Biasa Dilakukannya Diwaktu Sihat

Hal ini karena seseorang tidak boleh menjalankan amal kebaikan itu bukan karena dia tidak mahu, tetapi karena ia dalam keadaan sakit. misalnya kalau kita biasa ke masjid untuk shalat berjamaah, tentu kita mendapatkan pahala yang besar, setiap langkahnya diangkat baginya satu darjat dan dihapuskan satu kesalahannya kemudian malaikat akan terus mengucapkan shalawat (memintakan ampunan) kepadanya, selama dia masih berada di ruangan shalat tersebut , namun pada saat kita sakit tentu tidak mampu ke masjid tapi kita tetap mendapat pahalanya. Rasulullah Saw bersabda:

“Apabila salah seorang hamba sakit atau bepergian (safar), maka Allah mancatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya sewaktu ia tidak bepergian atau sehat.” (HR. Bukhari).

Di dalam hadist lain, Rasulullah Saw bersabda yang menguatkan hadits di atas:

“Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ialakukan ketika sehat.” (HR. Abu Hanifah).

3. Memperoleh Pahala Kebaikan

Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang muslim yang sabar dalam menghadapi penyakit maka baginya pahala kebaikan. Rasulullah Saw bersabda:

“Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (HR. Bukhari).

Di dalam hadits lain yang senada tentang ini, Rasulullah Saw bersabda:

Barangsiapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. (HR. Bukhari).

4. Memperoleh Derajat Yang Tinggi di Sisi Allah SWT

Hal ini karena di dalam surga ada derajat tertentu yang harus dicapai, bila seorang muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka ia boleh memperoleh darjat yang tinggi itu dengan musibah atau penyakit yang dideritanya, misalnya mati syahid merupakan kematian yang sangat mulia, dia bisa dicapai dengan cara berperang di jalan Allah dan mati pada saat peperangan itu, namun bila seseorang ingin memperoleh kematian yang mulia itu, tapi perang di jalan Allah secara fisik tidak terjadi, maka ia tetap bisa mendapatkan derajat mati syahid dengan penyakit yang menimpa sehingga menyebabkan kematiannya, Rasulullah saw bersabda:

Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap muslim.”(HR. Bukhari)

Di dalam hadits lain, Rasulullah saw bersabda:

“Seorang hamba memiliki suatu derajat di surga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencobanya agar dia dapat mencapai derajat itu.” (HR. Thabrani)

5. Memperoleh Ganjaran Berupa Surga

Manakala seorang muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran, misalnya penyakit yang sangat menderitakan dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah saw bersabda:

Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan surga.” (HR. Ahmad).

Dengan demikian, meskipun tidak menyenangkan, sakit merupakan ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita maupun keluarganya. Oleh karena itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif. Ingat hukum Law of Attraction, kalau kita selalu berlaku positif, maka yang hal positif tersebut InsyaAllah akan datang ke kita. Misalnya ketika sakit kita cepat-cepat fikir dan memasukkan ke alam bawah sadar “sehat, kuat, sabar!!”. Maka hal tersebut dapat mempercepat kesembuhan kita.HOHO.

أتدري من يزيل الهم ان ضاقت بك الدنيا *****ومن يرعاك لا ينساك دوما كيفما تحيا

فسبحان الذي يهدي ويشفي حيرة العبد*****ويعطي دونما حدي جزيل الأجر في الدنيا

أتدري من يجيب العبد ابدى السوء أوارآ*****ومن يجزي على المعروف جنات وأنهارا

فقل يارب بلغني لدار الخلد والأمن *****ونفس كربتي عني وجنبني أذى الدنيا

أتدري من هدى الإنسان بالإحسان يوصيه****ولا يرضى له العصيان فـ أنظر كيف تعصيه

فمن تبدي له الشكوى ومن ترجوه ما تهوى****ومن في عفوه السلوى على ما كان في الدني



So,BERBAHGIALAH WALAUPUN SAKIT..taraa..^________^

Tuesday, June 14, 2011

~Izinkan Aku Ya Allah~


Bismillahirrahmanirrahim,.


Aku ingin mencari cahaya kebenaran, di sebalik kelamnya kejahilan,
Aku ingin memaut pada dahan kekuatan, di sebalik rapuhnya dedaun kelemahan,
Aku ingin membunuh kebatilan, di sebalik kepalsuan dunia yang penuh penipuan,
Aku ingin mengetuk pintu hati manusia,
yang penuh dengan kekerasan dosa-dosa semalam yang penuh kegelapan,
Aku menagih petunjuk Tuhan sekelian Alam,
Aku ingin mengenggam dunia, agar ISLAM kembali pada era kegemilangan,
mengalir dari arus zaman-zaman ISLAM yang penuh dengan duri perjuangan,
Aku ingin mengatakan pada dunia,
suatu hari nanti ISLAM pasti menang,
keyakinan terpahat kukuh dengan janji-janji Allah dalam Al-Quran,
Aku merenung maqam-maqam sahabat,
yang syahid tersenyum dalam kesakitan,
mereka bahagia di sisi Tuhan,
Jiwa aku membuak dengan harapan,
Aku tidak akan membiarkan darah mereka kering disia-siakan,
rasa sakit dengan manusia yang lalai dengan nikmat yang berpanjangan,
lupa pada azab Tuhan yang sering memberi peringatan,
Aku tahu,
Aku menunggu,
Menunggu sesuatu terjadi padaku,
Tetapi penungguan ini datang dengan dugaan dan cabaran,
Tiada sesuatu pun di dunia ini adalah percuma,
Aku berharap nanti,
KAU akan beritahu aku sekuatnya,
bahawa pada "HARI ITU", aku akan baik-baik sahaja,
Berikanlah aku kekuatan, untuk menempuh jalan kehidupan yang masih panjang,
Izinkan aku oh Tuhan, menempuh jalan yang telah kupilih dengan kepastian,
Izinkan aku berubah untuk masa depan ISLAM yang menjulang di awangan.

Saturday, June 4, 2011

~AhLan wAsaHlan Rejab ~


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.R

Alhamdulillah ala kulli hal wafii kulli nikmah,

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1431 ini. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.

Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.

Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.

Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.

Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.

Ramadan sudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.

Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, “Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…. (at-Taubah: 36)

Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.

Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).

Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.

Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat.

Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.

Jika direnungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demi membantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.

Jika menjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian atau peperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalam Islam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan. Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi proses ujian tersebut.

Dengan segala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaan dalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan dan rahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan dan adil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.

Di antara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yang diletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpa panduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti hari dan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untuk kita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Di bulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakan ceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adat dan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka dengan agama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yang terpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.

Malah para pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencari munasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi dengan penambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.

Inilah antara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israk dan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra’ wa Mi’raj Khayr al-Bariyyah.

Beliau turut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengan katanya: “Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan, petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utama daripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasan yang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidak pun memberikan sebarang kesan”.

Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antara mukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saat umat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.

Ia juga memperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebab menumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi dan Rasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupan akhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yang kita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.

Inilah sekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.

Malangnya ada juga penceramah yang kurang berhati-hati lalu dalam membicarakan tentang peristiwa ini turut membahaskan isu-isu kontroversi seperti mensabitkan tempat dan sifat bagi Allah SWT, Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluknya.

Tokoh ulama mutakhir, Sheikh Yusuf al-Dijwi ada menegur tentang perkara ini dalam himpunan tulisan dan fatwanya.

Beliau menegaskan, adalah tidak wajar ayat-ayat mutashabihat berkaitan dengan isu ini dibicarakan kecuali di dalam majlis-majlis khusus di kalangan para ulama berdasarkan keperluan. (Maqalaat wa Fatawa al-Shaikh Yusuf al-Dijwi, (Kaherah, Dar al-Basoir, 2006) Jld 2, ms.724)

Semoga kita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalam naungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun kita lebih baik daripada tahun sebelumnya.

http://pondokhabib.wordpress.com


p/s:Terasa kejap je masa berlalu,pejam celik,celik pejam,dah masuk bulan Rejab,allahuakbar.Jom tingkatkan amalan,kuatkan iman di hati,hiasi akhlak dgn sifat terpuji,insyaallah,semoga allah redhai duniawi dan ukhrawi.

Friday, June 3, 2011

~Ya Allah,,selamatkan dia,,,~







Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,

Alhamdulilllah,Allah masih lagi bagi pinjaman tuk bernafas di buminya,masih mampu tuk ketawa,dan juga masih mampu untuk menangis hiba.Ana baru je balik dari menziarahi maqam-maqam sahabat,alahamdulillah allah masih bagi peluang kepada diri ini tuk menjejakkan kaki di maqam para sahabat baginda R.A.

Dalam keasyikan bertadabbur ciptaan Allah sepanjang perjalanan,ana dikejutkan dengan berita dari Malaysia bahawa sahabat ana di sekolah Maahad Muhammadi (P) dahulu,Nur Nashuha Azmi, telah diculik dan dibogelkan ketika dia bersama suaminya,(Allah,rasa tidak terdaya untuk menyusun bicara yang sudah menjadi kelu dek musibah yang melanda sahabat nun di sana),T_T.

Rasa baru kejap je bercakap dengan kak shu(dia setahun lebih tua dari ana).Allahuakbar,rasa sebak,tak tau nak kata apa.Ana col sahabat-sahabat ana di Malaysia,diorang menangis.Terus hati ini rasa sangat sebak dan hiba.Ya Ilahi,,tolong jaga dan selamatkan Kak Shu.Sahabat-sahabat di luar sana,tolong doakan sahabat ana.Ana yakin,Allah lebih tahu apa yang berlaku.Pasti ada hikmah yang terlipat di sebalik musibah.Yup,itu sudah pasti.Teringat pula pada hadis nie,

“Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.


Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)”

Yup,siapalah kita manusia untuk mengelak dan menghindari sesuatu yang ALLAH telah menuturkan "kun fayakun".Betapa kerdilnya seorang hamba itu,dan betapa berkuasanya SI PENCIPTA hamba itu.




Monday, May 30, 2011

~Pengaruh Islam ke atas Seni~



Salah satu gurindam yang terkenal adalah Gurindam Dua Belas, karya Raja Ali Haji seorang sasterawan Melayu zaman silam. Gurindan Dua Belas ini terdiri daripada dua belas fasal, dihasilkan pada tahun 1847.

Gurindam I (Fasal agama: dunia dan akhirat)

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

Gurindam II (Fasal amalan rukun Islam)

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Gurindam III (Fasal mencegah maksiat)

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiada ia damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.

Gurindam IV (Fasal salah laku anggota tubuh)

Hai kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur-ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.

Gurindam V (Fasal budi bahasa)

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Gurindam VI (Fasal membuat pergaulan)

Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh dia menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,

Gurindam VII (Fasal mahu nersederhana)

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Gurindam VIII (Fasal menjaga mulut)

Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.

Gurindam IX (Fasal mengelakkan keburukan)

Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia iaitulah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segala hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.

Gurindam X (Fasal menghormati ahli keluarga)

Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.

Gurindam XI (Fasal membuat jasa)

Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.

Gurindam XII (Fasal tugas menjadi pemimpin)

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.


p/s:tiba-tiba rasa jatuh hati pada syair nih,,hoho,,

Friday, May 27, 2011

~Menangislah Wahai Mata~



Menangislah wahai mata
tanda kau hanya hamba,
Menangislah wahai hamba,
rintihan hanya buat yang Maha Esa,
menangislah,
dalam suram cahaya malam,
di sungai sepi yang murni,
dalam asyikan aluan wahyu Tuhan,
dalam indah kalimah hikmah,
dalam sebak mengenang dosa,
dalam syahdu merindui pahala,
maka....menangislah wahai mata,
biar setiap ketika,biar setiap masa,
jika tidak membasahi pipi,
biar membasahi nurani,


menangislah wahai mata,
mutiara meriwayatkan cinta,
antara hamba dan TuhanNya,
sedumu meriwayat duka,
jiwa hamba memanggil Pencipta,


menangislah dengan penuh kepiluaan,
agar kau tenggelam dalam lautan tiada tepian,
menangislah dengan sepenuh jiwa,
agar kau rasa kurnia yang tiada terduga,
menangislah,supaya kau tahu ada bezanya,
antara air mata meratapi dunia,
dan tangisan memanggil Yang Esa.


p/s:Huhu,,masa tengah baca-baca blog Ustaz Asri,terjumpa puisi yang dia tulis ni.Rasa sangat sebak.Semoga diri ini sentiasa diredhai Allah.Semoga mata ini tidak buta dari melihat suhuf-suhuf Allah,semoga telinga ini tidak pekak dari mendengar mau'izah-mau'izah daripada Allah,semoga hati ini terkunci dari merasai ayat-ayat cintaNYA yang tidak pernah pudar,,T_T

Saturday, May 21, 2011

~umie,kasihmu tidak bersyarat! ~


Bismillahirrahmanirrahim,,

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad S.A.W,,

Alhamdulillah,akhirnya dapat juga menjejakkan jari-jari tangan ke atas keyboard tuk menyapu sawang2 di blog yang usang ni,labah-labah pon da banyak bergayut-gayut ni,hoho.Dah lama tak up date blog.Hurm,maybe sebab sekarang dalam fatrah exam,tambahan lagi diri ini tidak berapa sihat,huhu.Semoga ia menjadi kaffarah dosa-dosa semalam.Hapuskanlah noda-noda hitam yang merajai dalam hatiku ini Ya Allah.

Hari nie,birthday umi ana yang tersayang,Syarifah Rokiah Bt Syed Daud Al-Yahya(baru perasan nama umi panjang jugak yer,,hehe).Ni kalah nama budak Arab ni.Biasanya nama kawan-kawan Arab kat jami'ah ana,pendek-pendek je.Contohnya nama Ala',Wafa,Isra',Noura.Hurm,walaupun nama-nama diorang tu pendek,ana tetap jugak tak boleh nak ingat,hehe.Sebab terlalu pendek la susah nak ingat,lagi satu,semua muka budak Arab lebih kurang sama je.Selalu je ana tersalah tegur kawan,hehe.Buat malu je.Tapi yang paling best,duktur-duktur kat jamia'ah panggil ana Nur je,,hoho.Kalau nak panjang sikit,duktur panggil Nur Malizi.Memang sentisa bercahaya la muka ni sebab duktur-duktur selalu panggil nur,haha.Tak sia-sia pergi Jordan,at least balik malaysia nanti,famili tak payah la susah-susah nak cari kat airport,dari jauh da nampak muka yang bercahaya,haha.Semoga diri ini,bercahaya di dunia dan di akhirat kelak,Ameenn :)

Hurm,sejak akhir-akhir nie,selalu teringat kat umah,Huhu,teringat kat umi.Masa time sakit ni,rasa nak fly balik Malaysia je.Tapi,apakan daya.Umi pesan,kena tabah dan sabar.Tak boleh fikir nak balik je.Datang sini,bukan suruh sengih-sengih tengok Jordan,tapi kena belajar ok.Kalau rasa sedih,mesti teringat kat umi.Umi selalu bagi semangat kat anaknya yang lemah semangat ni.Time makan je semangat lebih,hehe.Mana tak semangat,kalau makan masakan umi buat,perghhh,,memang sangat sedap.Semua masakan, umi pandai buat.Sebut je nak apa,terus siap,fuyoo.Ana ada tanya gak macam mana umi boleh pandai masak,umi belajar kat mana?Umi dengan tersenyum manis jawab,"Umie belajar dengan atuk je dulu,tengok-tengok atuk n nenek suka masak,".Ooooo,macam tu rupanya,so,mulai hari tue,ana pon selalu la tengok umi masak kat dapur.Memang kerap la ana masuk dapur.Sampai kat dapur tu,ada kesan tapak kaki ana,(nampak sangat tak mop lantai,haha).Tapi umi mesti hairan,anaknya tetap tak reti masak,hehe.Tu dulu,sekarang anak dia dah reti ok,Alhamdulillah,kehidupan kat luar negara banyak mengajar ana yang kurang tahu ini.So,nanti balik Malaysia,boleh masak tuk umi,yeyeh.

Teringat lak masa kat umah.Time petang-petang macam ni,ana n umi,selalu lepak,sambil-sambil minum air teh dan makan kuih,hoho.Time tu la umi selalu bagi ceramah motivasi secara percuma,Tiada di mana-mana syarikat kaunseling,hoho.Sesiapa yang nak dikaunseling,sila hubungi umi saya,kih3.Memang best dengar nasihat umi.especially time umi ceramah sal rumah tangga,haha.Gatai naa,,belajar dulu.Hurm,bagi sesiapa yang merupakan anak-anak bagi ibu-ibu di luar sana,dengarlah nasihat ibu anda.Mungkin sekarang anda memekakkan telinga dari teguran mereka,tapi suatu hari nanti,apabila mereka sudah tiada di sisi,nasihat-nasihat itu akan terngiang-ngiang di telinga-telinga anak-anak yang derhaka!

Hati ini rasa sakit jika baca berita-berita or dengar tentang anak-anak yang kurang ajar pada ibu-ibu mereka.Jiwa ini berdarah dengan karenah anak-anak yang hanya menganggap ibu mereka seperti orang gaji.Tugas di rumah hanya untuk memasak,membasuh kain,mengejutkan anak-anak lelaki yang sangat susah dan liat untuk bangun solat Subuh dek kuat sangat berpeluk dengan syaitan!Serendah itukah nilai seorang ibu di matamu wahai abang-abangku?Wahai kakak-kakak ku?Wahai adik-adikku?Tidakkah kamu melihat betapa sukarnya seorang ibu mahu melahirkan kamu ke dunia.Tapi apabila kamu dewasa,kamu jadi seorang yang tidak berguna!Hidup banyak menyakitkan hati dan jiwa seorang ibu.Tapi seteruk mana pun seorang anak memperlakukan ibunya,Seorang ibu itu akan menjadi manusia pertama yang memaafkan kesalahan anaknya.Tidak malukah kamu menjadi seorang anak?


Allah berfirman dalam Surah Luqman.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

Rasulullah juga turut menasihatkan umat-umatnya agar mendahulukan dan menghargai ibu.Jom tengok bawah,,

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab: “Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:

“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Ok,jom baca satu lagi kisah,,:)


Seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?

Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?

Dia menjawab: “Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.

Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?

Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.


Terasa sangat sebak.Ana berasa sangat bertuah sebab Allah kurniakan seorang ibu,sedangkan di luar sana ramai sahabat-sahabat yang tidak sempat merasa kasih sayang seorang ibu.Semakin bertambah rasa kagum dan sayang ana pada umi,huhu.Umi banyak mempengaruhi hidup ana,dialah pakar motivasi yang terbaik di kala diri ini hampir rebah tersungkur dek duri-duri kehidupan yang mencucuk roh dan jasad.Paling ana kagum,Umi tidak pernah tinggal solat tahajjud.Huhu,semoga ana mampu istiqamah macam umi.To umieku,

Maaf sebab buat umi rasa sakit untuk melahirkan diri ini.
Maaf jika pernah melukakan hati umi.
Maaf jika diri ini masih belum mampu tuk jadi seorang anak yang baik.

Jazakillah umi,sebab banyak mengajar anakmu ini erti kehidupan.
Jazakillah sebab banyak bagi nasihat dan teguran.
Jazakillah sebab tolong masak dan jaga anakmu ini.


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab: “Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:

“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Khas tuk umiku,,

Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah
Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat
Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku

HAnya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku




Kepada semua sabahat-sahabat di luar sana,hargailah ibu anda.Bagi yang belajar di perantauan,sentiasalah hubungi ibu anda.Jadilah seorang anak yang mampu menjadi penyejuk mata buat ibu anda.Jagalah dia sampai dia menutup mata dalam keadaan dia tersenyum dan redha pada anda.Jangan sampai dia tiada di dunia barulah anda mahu meratap dan meminta maaf di batu nisan!

Akhir kalam,jom hayati lagu ni jap,lagu yang sentiasa buat ana menitiskan air mata...

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa Jasa bonda,,