Friday, July 8, 2011

~Cari Gali tentAnG JOrdan~


Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum W.B.R

Alhamdulillah,masih lagi diberi kesempatan untuk membersihkan sawang-sawang di blog ana setelah ana ternampak semakin banyak labah-labah bersuka ria bersama famili masing-masing mengadakan rehlah di blog ana ini,hahah.Hari nie,nak cerita tentang Jordan,atau lebih dikenali dengan bumi Syam,tempat ana menuntut ilmu sekarang.Macam biasa la,time-time hujung minggu nie,ana memang suka berdiskusi dengan mak cik Google yang sentiasa ada masa ana perlukan dia,,hehe.Ditakdirkan,junior-junior ana yang baru menjejak kan kaki di Jordan nie,bertanya tentang Jordan dan sejarah-sejarahnya kat sini.Masa diorang tanya tu,baru diri ni rasa insaf.Rupa-rupanya banyak lagi yang ana tak tahu sal Jordan ni.Haish,,masalah betol la,dah tahu tak tahu tu,bukannya nak ambil tahu,buat-buat tak tahu,lama-lama jadi la taucu,adik beradik tauhu.

Ok,,ana pun cepat-cepat la pergi rujuk dengan mak cik Google ana nie.Setakat nie,tu je la maklumat yang baru diperoleh,kena banyakkan lagi majlis ilmu dengan dia,,ehehe.(Jangan tiru aksi ini).Ni la hasil daripada perbincangan kita orang.Jom baca jap,nak jadi pengkritik sementara pon boleh gak,,^________^.

- Nama
Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yg bermaksud kekuatan dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh a.s

- Politik
Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui pilihanraya yang diadakan. Walaubagaimanapun pelantikan Perdana Menteri terletak di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang memerintah ialah Hizbul Watani atau Parti Negara manakala parti pembangkang adalah Hizbul Islami atau Parti Islam atau Parti Pekerja Islam.

- Kedudukan Geografi
Barat Daya Asia , 290 11' - 330 22' Utara dan 340 59' - 390 18' Timur , seluas : 92 300 km2

-Topografi
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan. Laut Mati dan Wadi Araba. Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut. Menuju ke Timur, ketinggiannay semakin bertambah dari Utara ke Selatan dengan direntasi aliran sungai dan lembah. Puncak tertinggi di Jordn adalah gungung UMM ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter. Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 KM. Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam.

- Iklim
Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin. Iklim mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yg sederhana dan musim dingin yang sejuk. Manakala kawasan ghawr adalah terlalu panas semasa musim panas dan sederhana panas sewaktu musim dingin. Purata suhu dalam bulan Januari di Amman, Irbid dan Aqabah adalah 7.3, 8.5 dan 16.1 oC secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7, 24.7 dan 31.2 oc pada bulan Julai. Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah.
Jordan juga mengalami perubahan 4 musim ;

Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos (6,7,8)
Musim Luruh antara bulan September hingga November (9,10,11)
Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari (12,1,2)
Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei (3,4,5)

- Tumbuhan semulajadi
tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala hutan, pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan.

- Populasi
5 759 732 orang penduduk ( statistik Julai 2005 )

- Bahasa
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama

- Agama
92 % penduduk Muslim Sunni, 6 % Kristian , 2 % agama lain seperti Druz

-Bandar Utama
Amman sebagai ibu negara, Irbid di Utara Jordan, az-Zarqa'

- Ekonomi
Pada permulaan penubuhan, kerajaan Jordan bergantung kepada dua sumber ekonomi :
- Sumber di dalam negara seperti cukai, hasil-hasil perkhidmatan dan sebagainya.
- Sumber luar iaitu daripada bantuan dan pinjaman luar.

Menjelang 70-an, Jordan telah mengembangkan sektor-sektor lain seperti pertanian, perdagangan dan perindustrian. Kegiatan perdagangan Jordan meliputi import bahan makanan, petrol dan bahan galian manakala eksport pula adalah fosfat, minyak zaitun, karpet,simen, barangan kulit, buah-buahan dan sayuran. Sektor pertanian pula adalah yang terpenting dan menjadi antara mata pencarian keluarga yang utama di sini. Lebih daripada 40 peratus penduduknya terlibat dengan sektor pertanian. Sistem yang digunakan kini telah banyak berubah setelah kemasukan teknologi pertanian moden dan menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Hasil utama adalah gandum,sekoi,sayur-sayuran dan buah-buahan Mediterranean. Kawasan utama pertanian adalah Aghwar.

- Perbezaan waktu dengan Malaysia
Perbezaan waktu dengan Malaysia pada musim panas ialah lewat 5 jam manakala pada musim dingin, perbezaan itu menjadi lewat 6 jam berbanding Malaysia.

- Matawang Jordan
Matawang Jordan ialah Dinar (JOD / JD). Ia boleh dikategorikan kepada :

1) Wang Kertas
Wang kertas terdiri daripada JD 1, 5, 10, 20, 50, 100. Wang kertas JD100 jarang digunakan. Menjadi kebiasaan jual beli di pasar-pasar, Dinar disebut Lira kerana terpengaruh kepada sebutan matawang Turki iaitu Lira.



2) Wang Syiling
Wang syiling pula ialah JD 0.010 (1 qirsy), 0.050 (biasa di sebut 'syiling'), 0.100, 0.250, 0.500. Sebelum ini wujud JD 1 dalam bentuk syiling tetapi dimansuhkan penggunaan tersebut kerana kemaslahatan dan juga keselamatan dalam urusniaga. Nilai terkecil matawang Jordan ialah fills. Istilah ini jarang digunakan oleh penduduk setempat tetapi mereka kerap malah biasa menggunakan 'Qirsy'. Namun demikian, bukan istilah yang janggal sekiranya mahasiswa Malaysia menggunakan istilah asal iaitu 'Fills'.

3) Kadar matawang
1 Qirsy = 10 fills
10 Qurusy = 100 fills
100 Qurusy = 1000 fills = JD 1

4) Kadar pertukaran matawang antarabangsa
USD 100 = JD 70.800 (menurut pertukaran semasa)

- Makanan di Jordan
Makanan asasi adalah roti yang dimakan dengan keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan tradisional ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam. Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika tetamu berkunjung ke rumah.

Antara makanan lain ;
- Falafil - kacang hijau dikisar dan digoreng umpama kuih masalodeh di Malaysia
- Syawarma - umpama kebab di Malaysia
- Bamiya - sayur bendi dimasak dengan sos tomato

- Universiti utama di Jordan
1) University of Jordan,Amman
2) Yarmouk University, Irbid
3) Mu'tah University,Karak
4) Al al-Bayt University, Mafraq
5) Jordan University of Science and Technology (JUST), Irbid
6) Hashemite University, Zarqa'
7) Balqa' Applied University, Amman
8) Philadelphia University, Amman

No comments:

Post a Comment