Monday, April 25, 2011

~Ya Ilahi,,~





Bismillahhirrahmanirrahim,,,


Hari nie,mood tak berapa nak ok,nak tulis sajak boleh tak?


~Yang terlihat olehku dalam menatap kekabutan,
Hanyalah asap-asap yang menyesakkan dada,
Pun begitu,keserabutan itu masih b isa kurasakan,
Lalu mata ini kupejam rapat-rapat,
Mahu buta dari persoalan yang membingkiskan rasa gundah gulana,
Bukan itu pintaku hidup di sini,
Tidak pernah tangan ini tertadah,
Memohon sesuatu yang mendatangkan musibah,
Bukti betapa kerdilnya aku,
Tidak bisa menolak sesuatu yang KAU tentu,
Jujurnya,KAU sengaja mahu menguji,
Setakat mana keteguhan akidahku berpasak,
Adakah seperti kayu-kayu reput?
Ataupun seperti besi-besi yang berkarat?
Maka,hanya aku sendiri yang bisa menjawabnya!
Tuhan,bantu aku untuk merungkai segala keserabutan ini,
Bantu aku untuk perangi membuang kotoran di hati,
Bantu aku untuk menjadi mukminah sejati,
Sungguh aku rindu,
Sungguh aku malu,
Sungguh aku mahu,
Untuk bertemu diriMU yang satu,
Untuk menunaikan janji-janji aku padaMU,
Untuk mengatakan aku benar-benar mencintai diriMU,
Maafkan aku yang lalai ini,
Maafkan aku yang lupa diri ini,
Maafkan aku yang hina dina ini,
Ingin aku lari jauh dari dunia yang fana,
Ingin aku berpaling dari manusia durjana,
Ingin aku menjadi hambaMU yang setia,

~sinar mentari itu akan kembali suatu hari nanti,
& aku tinggalkn masa kelabu yang pnuh berdebu dgn dosa2 lalu yg brduri,
jalani hari dengan pasti,
slma nadi berdenyut selari,
slama itu aku tdk akn brhnti brlari dan mncari erti hdup maknawi,
...mnjadi hamba yg betol2 sjud mnymbah Ilahi,
ku tdk akn pnat mengejar "ssuatu" yg mnnti d sana nnti,,
ya Rabbi,,redhailah hambaMU ini~


Hasbunallah wanikmal wakil,,

Tuesday, April 19, 2011

~PiLihlah JAlanMu~




BismiLlahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.R.,,

Apa khabar semua??Hehe semoga sihat iman dan jasad,,hoho.Kalau tak sihat,cepat-cepat cari ubat yer.^_^

HUrm,nak cakap apa yer,kih3.Haaa,nak cakap tentang JALAN.Jangan salah faham yer,bukan ana ajak anda semua pergi jalan-jalan.Tapi saya nak bawak anda semua tengok jalan,haha.Macam tak der kerja la pulak pergi tengok jalan.Teringat pulak masa kat sekolah rendah.Tension betol kalau cikgu suruh buat karangan tentang kemalangan jalan raya.Maybe sebab ana pernah accident dulu,so rasa trauma nak tulis tentang jalan raya.Walaupun ana tak suka buat karangan,tapi ana tetap dapat markah yang tinggi dalam karangan.Siap dapat anugerah tulisan tercantik pulak tu,haha.Biasala,tak boleh nak sembunyikan bakat yang terpendam.Haish,susah betol kalau dah perasan ni.Takpe,perasan sebagai motivasi diri,bukan kerana mahu jemput riya' di hati,kan2?


Ok2,,panjang la pulak mukaddimah ni.Haa,nak tanya,siapa yang dah ada lesen kereta?Kalau dah ada,sila angkat kening.Kalau tak der,sila cabut bulu kening,haha,tak lawak pon.Haish,,haram cabut bulu kening,apa daaa,bagi ajaran sesat pulak,Astaghfirullah.Ok2,sesiapa yang drive kereta,mesti kat minda dia,dah ada destinasi ke mana dia nak pergi,n semestinya dia dah tau jalan untuk sampai ke tempat yang di tuju.Kalau tak tau jalan pon,mesti dah ada peta,tak pon guna GPS(moden la katakan,,hoho).Bayangkan,korang mahu pergi suatu tempat yang jauh.Korang ada peta di tangan.Kat peta tu,ad panduan jalan raya.Satu jalan shortcut,cepat sampai n kurang kesesakan dan tidak ada banyak kenderaan yang lalu jalan itu.Tetapi ternyata,banyak kemalangan yang berlaku bagi sesiapa yang mengambil jalan itu sehingga boleh menyebabkan risiko kematian.

Jalan yang satu lagi pula,jalan yang sangat panjang dan mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.Jalan yang penuh dengan selekoh dan lorong-lorong sempit serta banyak traffic light.Tetapi,kebanyakan yang mengambil jalan ini,akan sampai ke destinasi dengan selamat dan tidak pernah berlaku kemalangan sepanjang perjalanan itu.

Hurm,,ada terfikir something tak disebalik cerita sal jalan nie?Cuba fikir jap.Tuuuuuuttt.masa dah tamat,kih3.Sebenarnya,jalan yang kita akan pilih itu adalah jalan ISLAM.Yup,kalau kita perhatikan,kebanyakan pemandu lebih suka untuk memilih jalan yang pertama dari jalan yang kedua.Mereka hanya memikirkan bahawa jalan yang dilalui itu lebih mudah dan cepat sampai ke destinasi tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.Hanya segelintir pemandu memilih untuk melalui jalan yang kedua walaupun jalan itu penuh dengan selekoh-selekoh tajam.

Begitulah manusia,iatu KITA.Allah sudah bagi kita peta iatu AL-QURAN sebagai panduan untuk kita memilih jalan kehidupan kita nanti.Ramai manusia yang melihat peta itu.Tetapi tidak ramai yang mengikut panduan di dalam peta itu.Akibatnya,mereka sesat jalan dan lebih teruk lagi,mati dalam kemalangan.Yup,kalau kita perhatikan,kehidupan dunia ini adalah seperti antara dua jalan itu.Satu jalan orang Mukmin,dan satu lagi jalan orang Kafir.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,"Dunia itu bagaikan penjara bagi orang mukmin,dan syurga bagi orang Kafir"

Yup,berapa ramai orang-orang Mukmin yang sanggup untuk memilih untuk menjadi banduan di dunia ini secara sukarela tanpa perlu ditahan dan ditangkap terlebih dahulu?Bahkan ramai yang memilih untuk menjadi manusia yang hidup di syurga dunia yang penuh dengan kenikmatan yang menipu mata dan hati yang mati.Memang tidak mudah untuk menjadikan ISLAM itu adalah satu cara hidup.Bak kata orang yang kulit agak putih,"ISLAM is the way of life".Contohnya,kita sebagai seorang Mukmin,Allah menyuruh kita untuk solat lima waktu,puasa,tunaikan zakat,dan suruhan-suruhan lain yang bagi ana,bukannya mudah untuk kita ikuti.Bahkan Allah juga melarang kita untuk tidak minum arak dan berzina dan memakan daging babi dan larangan-larangan lain yang bukan mudah untuk kita tahan diri kita untuk melakukannya.Itulah beza kita dengan orang Kafir.

Memang jalan ISLAM itu agak payah dan penuh dengan dugaan dan cabaran,tapi satu hakikat yang kita perlu yakini bahawa,jalan itulah yang akan membawa kita ke syurga yang abadi.Allah telah bagi kita pilihan untuk beriman ataupun kufur.

'Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan(kebaikan dan kejahatan)
Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar itu?"
(Al-Balad:10-11)

"Maka DIA mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya.
Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu)
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
(As-Syams:8-10)

Nah,masih tidak sedarkah kamu wahai seorang HAMBA ALLAH?
Masih lenakah tidur kita dengan dosa-dosa semalam?
Masih enakkah makan makanan yang haram?
Masih lazatkah memakan daging saudara sendiri?
Masih leka dengan maksiat yang tidak henti?

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan(kepada mereka)dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang menerima kitab sebelum itu.Kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.Dan banyak di antara mereka menjadi orang yang fasik"
(Al-Hadid:16)

Ya Ilahi,tidak gementarkah hatimu wahai saudaraku?Di mana kamu tempatkan Allah di hati kamu?
Di mana kamu menempatkan iman dalam diri kamu?
Bagaimana kamu menilai dosa di sisi kamu?
Bagaimana kamu merebut pahala di sekelilingmu?

Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang menyesal di akhirat kelak akibat tersalah memilih jalan yang senang tapi berduri,sehingga mengabaikan jalan yang susah,tapi selamat.

"Dan diletakkan kitab (catatan amal),lalu engkau akan melihat orang yang berdosa berasa takut terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya,dan mereka berkata,"Betapa celaka kami,kitab apakah ini?tidak ada yang tertinggal,yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya,"dan mereka dapati semua yang mereka kerjakan tertulis.Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang pon" (Al-Kahfi"49)

Ya Rabbi,,betapa ruginya bagi mereka yang menutup mata,memekak kan telinga,dan membutakan hati daripada mendengar dan mentaati suruhan Allah dan mengabaikan larangannya.Betapa menyesal di akhirat itu sudah tidak berguna lagi!

Yup,kita hanya perlu tahan dan sabar sedikit sahaja.,,
SABAR tahan diri dari maksiat,
SABAR buat ketaatan,
Sabar dengan ujian dan musibah dunia.

Last sekali,jom tadabbur ayat nie jap,

"Maka apabila malapetaka besar(hari kiamat) telah datang
iatu pada hari ketika manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan
Dan neraka diperlihatkan dengan jelas kepada setiap orang yang melihat
Maka adapun orang yang melampaui batas
Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia
Maka sungguh nerakalah tempat tinggalnya
Dan adapun orang-orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya
maka sunggguh syurgalah tempat tinggalnya"
(An-Naziaat"34-41)

Pilih jalanmu wahai saudaraku!!

Thursday, April 14, 2011

~wAHAi orang2 Yg Berselimut,banGunlah!!








Bismillahirrahmanirrahim,,

Jom sama-sama muhasabah diri jap,:)


Solat malam memang menjadi satu ujian tapisan dan penanda aras bagi kita mengetahui sejauh manakah kesungguhan menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. . Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberikan kekuatan dan kesoronokan pada kita untuk beribadah pada waktu malam dengan ikhlas dan istiqamah. Sejarah Islam mencatatkan, pemilihan tentera untuk dihantar ke medan perang turut menilai sama ada tentera tersebut mendirikan solat malam atau tidak.


Al-Imam Al-Ghazali r.t. mencatatkan dalam kitab Ayyuhal Walad (Wahai Anakku) tentang galakan untuk bangun beribadah pada waktu malam, seperti berikut:

Wahai anakku yang tercinta,

Seandainya ‘ilmu semata-mata itu cukup dengan bagi engkau dan tidak perlu kepada amalan, maka tidak ada faedahnya seruan suci pada tengah malam, seperti disebutkan:

“Adakah di sana orang yang meminta sesuatu? Adakah di sana orang yang meminta keampunan? Adakah di sana orang yang bertaubat?”

Diriwayatkan bahawasanya sebahagian daripada sahabat radhiallu ‘anhum ajma’in menyebutkan tentang keindahan keperibadian Saidina ‘Abdullah bin ‘Umar rodhiyallahu ‘anhuma di sisi Rasulullah s.a.w. . Lalu Baginda bersabda yang terjemahannya berbunyi:

‘Abdullah bin Umar itu sangat baik orangnya. Apakan lagi kalau beliau bangkit solat pada waktu malam.

Dan Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada salah seorang sahabatnya, terjemahannya berbunyi:

Wahai fulan, janganlah engkau terlalu banyak tidur pada waktu malam kerana terlalu banyak tidur pada waktu malam itu menjadikan seseorang faqir di hadapan Allah pada hari kiamat nanti.

Wahai anakku yang tercinta,

Hendaklah engkau selalu mengingati firman Allah s.w.t.

ومن الّيل فتهجّد به

Surah Al-Israk ayat 79

Maksudnya:

“Dan hendaklah engkau bangkit bersolat tahajud pada sebahagian daripada waktu malam.”

Dan firman ini mengandungi makna suruhan.

Dan firman-Nya lagi:

وبالأسحار هم يستغفرون

Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 18.

Maksudnya:

“Dan pada waktu sahur mereka sentiasa beristighfar akan Allah.”

Dalam firman ini mengandungi makna syukur.

Dan firman-Nya lagi:

والمستغفرين بالأسحار

Surah Ali Imran, ayat 17.

Maksudnya:

(Mereka yang berjaya itu ialah) orang yang selalu beristighfar pada waktu sahur.

Dalam firman ini mengandungi peringatan.

Dan telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang terjemahannya berbunyi:

Ada tiga macam suara yang sangat dicintai oleh Allah, suara ayam jantan yang berkokok, suara orang yang membaca Al-Quran, dan suara orang yang beristighfar pada waktu sahur.

Dan berkata Sufyan Ats-Tsauri (سفيان الثورى) r.a. :

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menciptakan satu angin yang berhembus pada waktu sahur untuk membawa zikir dan istighfar kepada Tuhan, Raja Yang Maha Perkasa.

Dan beliau berkata lagi:

Apabila bermula malam maka memanggillah suatu pemanggil daripada bawah ‘arasy:

“Hendaklah para ‘abidin segera bangkit.”

Maka mereka pun segera bangkit dan terus bersembahyang dengan sembahyang banyak.

Dan apabila datang waktu sahur, memanggil pula suatu panggilan:

“Hendaklah para qonitin segera bangkit.”

Maka mereka pun bangkit dan terus bersembahyang sehingga ke waktu sahur.

Dan apabila datang waktu sahur memanggil pula suatu pemanggil:

“Hendaklah bangkit orang yang mahu beristighfar.”

Lalu mereka pun bangkit dan terus beristighfar.

Dan apabila fajar sudah naik menyinsing maka memanggillah oleh suatu pemanngil:

“Hendaklah bangkit mereka yang lalai.”

Lalu mereka pun bangkit daripada hamparan mereka laksana orang mati yang dibangkitkan daripada kubur mereka.

Wahai anakku yang tercinta,

Adalah diriwayatkan dalam wasiat Luqman Al-Hakim bagi anaknya bahawa beliau berkata:

“Wahai anakku yang tercinta, janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engkau. Ia berkokok pada waktu sahur, sedangkan engkau masih tidur lagi.”

Dan sungguh indah sekali gubahan sya’ir di bawah ini:

Sesungguhnya memanggil-manggil pada kegelapan malam burung merpati yang bertinggir di atas dahan kayu. Ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku ‘asyik dalam tidurku.

Bohong, sebenarnya bohong aku demi Baitullah, seandainya aku benar seorang yang ‘asyik (akan Allah) sudah tentu burung-burung tidak akan mendahuluiku menangis.

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih, namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang.

*Sebahagian besar artikel ini merujuk kepada Terjemahan kitab Ayyuhal Walad oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.

Tuesday, April 12, 2011

~jANgan sEseKali BerHenti~





Bismillahirrahmanirrahim.

Salamun Alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selawat dan salam ke atas kekasih Allah.

Hello!!!what's up??Hehe,ni minah saleh mana lak yang sesat kat blog nih,kih3.Duk kat bumi Jordan ni,ana rasa ana banyak speaking English dari Arab,Haish,,ape nak jadi.Nak buat macam mana,kalau nak cakap Arab je,terkeluar perkataan English,hehe.Tiba-tiba rasa fasih cakap orang putih la pulak.Haha,perasan betol,astaghfirullah.Mak ayah hantar Jordan suruh biar pandai cakap Arab,tapi tak pasal-pasal anak dia p speaking.Ni kena hantar p UK baru nak cakap Arab kowt.(membebel kat diri sendiri)

Opss..ni dah tersasar dari tajuk ni.Kalau buat tajuk blog,memang la rasa semangat.Tapi bila time nak tulis isi,hilang la plak,haha.Nanti nak post tajuk je la,kih3(tak lawak pon kan),haha.Kesian betol gelak sorang-sorang.Ok2,,kembali pada tajuk."Jangan sesekali berhenti"

Aikk,,kenapa pulak tak boleh berhenti??Kalo masa makan tu,kalau dah kenyang,mesti kena berhenti kan??kalau drive kereta,masa kat traffic light,msti kna berhenti kan?Yer,betol tu.Haa,bukan tu yang ana maksudkan.Apa yang tak boleh berhenti??Jeng jeng jeng.Jangan berhenti dari DAKWAH:)

Jom post mortem jap apa itu DAKWAH?

Dakwah ; Memanggil.

5M ->

• Mengajak
• Memanggil
• Menyeru
• Menyampai
• Mendorong

Dalam konteks bahasa Arab bermakna, al-wa’zu, al-irsyad, at-tabligh.

Dari segi istilah pula, mengajak atau menyeru ke jalan Allah dengan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran supaya bahagia hidup dunia dan akhirat.


Keperluan untuk berdakwah

• Memikirkan orang lain pun memerlukan dakwah
• Mengelakkan pengaruh secular ( pemisahan agama dan kehidupan)
• Membendung gelaja keruntuhan social
• Memansuhkan gerakan musuh – musuh Islam
• Kesinambungan perjuangan Rasulullah saw
• Salah satu jihad jasadiyy wa fikriyah.

Apakah isi/ maudu’ dakwah?

• Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan dan panduan

Siapa yang perlu berdakwah?

• Semua umat manusia.

Apa hukum berdakwah?

“Ballighu ‘anni walau ayah”
Maksudnya, serulah kepadaku walau satu ayat!


Dakwah merupakan fardhu ‘ain dan kifayah.


Allah berfirman,

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.”
[Surah Ali-Imran : 104]


Sasaran dakwah?

• Seluruh ummat manusia
• Golongan al-malak (orang yang ada kelebihan dari segi kebendaan)
• Golongan al-Jumhur (golongan pertengahan/orang awam) kerana mereka ini tiada sifat cinta pada dunia dan tidak pula sombong.
• Golongan orang yang membuat maksiat (al-‘asi)

Ciri – ciri dakwah :

• Jihad
• Akhlak
• Positif
• Rabbaniyyah
• Aqliah
• Ruhiyyah
• Syumul
• Fleksibel
• Seimbang
• Insaniah
• Kentemporari
• Sederhana
• Jelas
• Universal
• Syura

Eh,eh,,jangan berhenti baca dulu.Belum habis lagi.Amacam,agak-agak,susah tak untuk berdakwah?Haaaapa apa dia?Tak dengar la..cuba cakap kuat sikit.Tak boleh nak dakwah?Kenapa?Haa,ana tau,,sebab anda semua rasa diri ni masih belum baik kan?Rasa tak layak nak berdakwah sebab ilmu tak cukup?Rasa putus asa?Betol tak?Ok2,,kita semua sama.Dulu pon ana rasa macam tu jugak,tapi telah ditegur oleh Allah melalui ayat-ayat cintaNYA.Jom baca surat cintaNYA jap:)


"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,MENGAPA APABILA DIKATAKAN KEPADA KAMU,"BERANGKATLAH UNTUK BERPERANG DI JALAN ALLAH"KAMU BERASA BERAT DAN INGIN TINGGAL DI TEMPATMU?APAKAH KAMU MENYENANGI KEHIDUPAN DI DUNIA DARIPADA KEHIDUPAN DI AKHIRAT?PADAHAL KENIKMATAN HIDUP D DUNIA INI DIBANDINGKAN DENGAN KEHIDUPAN DI AKHIRAT HANYALAH SEDIKIT." (AT-TAUBAH:38)

"DAN SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK PERKATAANNYA DARIPADA ORANG YANG MENYERU KEPADA ALLLAH DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN DAN BERKATA"SUNNGUH AKU TERMASUK ORANG-ORANG MUSLIM YANG BERSERAH DIRI"
(FUSSILAT:33)

Haa,,kan Allah da bagi motivasi tu kat kita:).Rasa lebih bersemangat tak?Sayang Allah:)
Yer,memang tak dinafikan,ana sendiri pon,masih belum rasa diri ni belum bersedia nak ajak manusia buat baik,yerla diri sendiri pon belum cukup baik kan?Allahuakbar,semoga Allah mengampuni dosa-dosa semalam.Tapi kalau fikir-fikir la,sampai bila tak bersedia?Tunggu sampai mati?Takkan nak masuk syurga sorang-sorang?Memang jual ikan betol(selfish,kih3).Kalu semua manusia fikir macam tu,memang habisla dunia ni,xder amar makruf nahi mungkar?Oh No!!

"Saya dah penat dakwah dia tu,tiap2 hari bagi nasihat,guna pelbagai cara,tapi dia tetap tak nak berubah.Malasla nak peduli kat dia lagi.Lantak diala.Dia jugak cakap kat saya,kubur lain-lain.Yerla sebab kubur dia lain dengan saya la saya nak tolong.Kalau kubur sama dengan saya,boleh jugak saya bagi cahaya keimanan saya kat dia."..Pernah dengar tak ada orang cakap macam ni?Dasyat tu,siap nak kongsi CAHAYA KEIMANAN tu,haha.Yakin ke bercahaya kubur tu nanti?Wallahuaklam.Tapi apa yang penting,jangan rasa putus asa kalau orang yang kita nasihati tu,tak nak dengar n peduli kita.Tadi,masa duktur cakap sal dakwah ni,ana rasa macam kena kejutan eletrik je.Duktur jamia'ah bagitau,"Kalau la saya risau yang orang di sekeliling saya takkan berubah dan tidak mahu peduli dengan kata-kata saya yang menyeru mereka semua tuk berbuat baik dan kembali pada Allah,saya tidak akan berdiri di depan kamu semua sambil membazirkan air liur saya untuk suruh mereka mengenali SIAPA ITU ALLAH.Saya tidak akan berpenat lelah pergi merata dunia hanya untuk bercakap tentang ISLAM!Tapi hakikatnya,Allah tidak melihat pada natijah dan kesan kamu mengajak manusia2 itu,tetapi DIA melihat USAHA kamu!Kamu memang tidak berkuasa untuk mengawal minda dan hati manusia,sebab DIA yang pegang berjuta-juta hati manusia.Sebab itulah saya berdiri di hadapan kamu sekarang bercakap tentang ISLAM.Persoalannya,kamu sudah berusaha ke walau sekecil zarrah?Dah buat?ok2,kalau dah buat,jangan sesekali berhenti sehinggga kamu mati"

Huhu,,terus rasa macam kena tampar je.Kalau tak rasa macam kena tampr,pergi tampar orang lain.Haha,garenti anda semua kena tamparan yang lebih berkesan lepas tu.So.Wake up!!Apa tungggu lagi?
Jom mujahadah dengan diri sendiri,
untuk ISLAM yang dicintai di lubuk sanubari,
Ya Ilahi,suluhilah langkah-langkah ku ini,
kerna aku tidak bisa tanpaMU di sisi yang setia menemani dikala manusia d luar memusuhi diri.
Arghh,,aku tidak peduli dengan mereka yang tidak mahu mendengari
,aku tidak akan berganjak dari menasihati walau hanya satu kalimah yang aku beri sebagai makanan rohani,
Yer,itu masih belum mencukupi lagi,
aku tidak akan pernah berhenti sehingga aku mendapat syurgaMU yang diimpi-impi,
agar aku tersenyum berjumpa diriMU nanti,
Kuatkan diriku wahai pemilik segala hati.

p/s: Tidak akan terlaksana penyembahan kepada Allah yang sebenar tanpa pengorbanan tenaga yang ikhlas,
tidak akan nampak yang tulen dari yang palsu tanpa dugaan,
dan tidak akan timbul yang benar dan yang munafik tanpa sengsara dan percubaan.:)
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU ^_^

Thursday, April 7, 2011

~Pujuk Hati ~







Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad S.A.W.,

Alhamdulillah,ana kembali lagi bersiaran buat kali ini,,,hehe.Walaupun diri ini rasa sangat penat pada hari ini,tapi dengan kudrat yang Allah bagi pinjam,ana gagahkan diri jugak merayau-rayau di blog ini,menebas kekusutan di hati,meluah resah di sanubari,akan senario duniawi yang merungsingkan hati.Haish,dah mula dah buat ayat yang entah ape-ape.

Hari ini,macam biasa,(walaupun rasa masih belum biasa),bangun pagi,gosok gigi,guna Kodomo Lion,(macam pernah dengar tak lagu nie),haha.Pergi sekolah dan belajar.Masa break kat jami'ah takdi,ana pergi mahkamah,buat ikrar yang ana ni sah orang Islam.Hoho,,ni urusan tuk pergi umrah,insyaallah.Semoga Allah izinkan ana jadi tetamuNYA nanti.Allah,rasa tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke Mekah.Rasa sangat ridu,walaupun tidak pernah bertemu.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan di mahkamah.Tinggal nak fotostat dokumen-dokumen penting je,n akhir sekali,suntik vaksin dalam badan,hoho.Menakutkan,,p kalo fikir-fikir,dah banyak kali ana kena suntik.Maklumlah,hospital tu dah jadi rumah kedua,haha.Tak der penyakit,tapi cari penyakit,ni la padahnya.

Tadi,ana dijemput oleh jiran ana,Kak Yana untuk teman dia pergi jemputan kahwin kawan Arab dia.Hoho,walaupun rasa diri ini sangat letih,tapi sebab tak pernah tengok cara orang Arab kahwin,terus rasa semangat nak pergi.Selama nie,dengar-dengar je kawan Arab cerita,tapi tiba-tiba Allah bagi peluang tengok sendiri.

Masa mula-mula sampai umah pengantin tu,rasa kekokla jugak.Yerla,mestila pelik,orang ajnabi datang.Mesti diorang fikir kitaorang sesat,haha.Banyak chantek.Kitaorang ada kad jemputan ok.Ditakdirkan masa kitaorang sampai tu,pengantin lelaki dan perempuan baru sampai.Nampak pengantin perempuan pakai gaun putih yang kosong.Ana terus masuk dewan dengan tanpa segan,kih3.Tengok dewan tu.Wow!Sangat meriah.Ni kalah wedding day Siti Nurhaliza.Pelamin ala-ala musim bunga gitu.Tiba-tiba lampu di tutup.Ana panik,,aik,,takkan la wedding day orang kaya Arab ni jimat letrik kowt,haha.Haish tak baik buruk sangka.Oooo,rupa-rupanya diorang tayang video pengantin lelaki dan perempuan.Lepas tu,pengantin lelaki dan perempuan masuk.Uish,,punyala seksi pengantin perempuan tu.Tapi nasib baik dewan tu dipenuhi orang perempuan je.Subhanaallah,memang Allah ciptakan wanita-wanita Arab ni,sangat la chantek n jelita.Ala-ala cartoon Barbiey tu,hoho.Rindu la plak nak tengok cartoon.Dah lama tak tengok tv,bajet busy la katakan,hehe,(padahal kat umah tak der tv,haha).

Memang ala-ala disko la jugak majlis kahwin ni.Mula-mula pengantin lelaki dan perempuan menari depan ahli ahli keluarga n kawan-kawan diorang.Huish,tengok diorang menari,ala-ala profesional gitu.Memang kena istighfar la,haha,Astaghfirullah.Rasa macam tak patut je diorang menari depan tu.Tapi biasela,orang Arab ni.Sedih,dah banyak terpalit dengan kotoran-kotoran Barat.Rasa sakit la jugak mata nie tengok diorang pakai skirt yang kain tak berapa nak cukup.Memang tak dinafikan kalau diorang pakai macam tu,memang terserlah la kecantikan yang Allah bagi kat diorang.Tapi sayang,alangkah baiknya jika yang cantik itu disimpan untuk yang halal sahaja.Macam beli jam tangan,mesti yang tertutup dan yang tersimpan dalam cermin tu lebih cantik dan mahal,betol tak?

Tapi ana rasa,banyak-banyak benda yang ana perhatikan kat majlis kahwin orang Arab ni,apa yang paling menarik dan tertarik,diorang just hidangkan kek dan jus buah je,haha.Memang orang-orang Malaysia yang nak kahwin boleh tiru,jimat kos betol.Tapi kena bersedia la kalau dikutuk oleh orang-orang kampung nanti,haha.Kira ok la tu kan,elak daripada membazir,kan susah kalau jadi kawan syaitan nanti.Kalau banyak sangat membazir,syaitan pon takut nak jadi kawan,haha.

Hurm,masa duk tengok-tengok majlis diorang tue,rasa terfikir something.Tengok diorang duk menari-nari,sambil dengar muzik yang memang boleh rosak sebelah telinga.Rasa sangat rimas.Masa tue,ana tengah dukung anak kakak tu,Izzah namanya.Hoho,sangat shomell lo!Rindu kat anak saudara kat umah,huhu.Bukan setakat ana je yang tergangggu dengar bunyi muzik yang kuat.Izzah pon rimas,hoho.Masa duk tengah dodoikan Izzah,ana renung jauh muka dia yang shomell tu.Bisikkan ke telinga dia,Izzah,semoga kamu menjadi wanita solehah,setanding bidadari syurga,jangan terpesona dengan nikmat dunia yang sementara,jngan terpedaya dengan kecantikan yang Allah bagi pinjaman semata-mata,simpanlah ia untuk lelaki yang halal buatmu di dunia.
Jangan kamu menawarkan diri untuk kumbang-kumbang di luar sana sehingga menjadi fitnah dunia.
Yup,actually rasa sangat sedih dan terkilan.Entahla,maybe sebab tengok wanita-wanita Arab yang menari-nari depan lelaki dan mendedahkan aurat.Rasa berdarah hati ini,walaupun hati nie tidaklah seputih salji di Jordan,Tapi ana cuba untuk bekukannya dengan sifat malu yang allah kurniakan dalam diri ini.Ya Allah,janganlah kau cabut rasa maluku ini terhadapMU.Semoga ia memjadi benteng diri.Teringat pulak pepatah Arab,"Jika kamu tidak malu,buatlah apa yang kamu mahu".
Allahuakbar,besarnya hikmah sifat malu itu jika wanita-wanita itu tahu!


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Subhanallah,,rasa Allah sedang menegur.Ya Ilahi,jauhkan akau dari fitnah dunia.

Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak melihat RUPA PARAS dan HARTA kamu,tetapi DIA melihat AMALAN DAN HATI KAMU,"

Jangan rasa rendah diri kalu tidak berapa cantik ataupun hensem.Bukankah Allah telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian?Hakikatnya,nikmat-nikmat yang allah bagi kat dunia ni,adalah satu ujian,,:)

JIKA KAMU BERSYUKUR,DIA akan tambah,tapi JIKA KAMU KUFUR,nantikan azab-azabNYA!!

~pujuk hati dengan janji-janjiNYA di akhirat nanti ,,
sabarlah wahai diri,,teguhkan iman d hati,
jangan sampai tersungkur dengan ujian duniawi,
bukankah allah itu Maha Mengasihani??
Sila lah muhasabah diri sendiri ~

Friday, April 1, 2011

~BittaufiQ~





Bismillahhirrahmanirrahim...

Asssalamualaikum W.b.r..hoho..


Pada tinta pena kali nie,,ana tak nak menaip banyak sangat kerana mahu menjimatkan bil elektrik kat umah(ade kaitan ke?).Bukan-bukan,sebenarnya dragon ball ad tujuh biji semuanya.Haish,Azilah,,dah mula cakap sorang-sorang.Maklumla,poning den dengan exam yang dah start awal bulan March ni.Pertengahan bulan April baru habis,insyaallah.Cakap sal exam ni,memang xbest.Kalau ana suruh dipilih antara exam dan aiskrim,ana akan pilih minum madu,haha.Dah-dahla mengarut.Hurm,sejak dari dulu lagi ana memang tak suka exam.Kalau boleh,nak belajar je sepanjang masa.Biar belajar bukan sebab exam.

Kalu kat sekolah Maahad dulu,exam tu,memang suatu perkara yang sangat penting.Yerla,kalau kurang markah sikit,memang kena panggil la.Siap ada kelas pemulihan,hoho.Kadang-kadang rasa geram tengok kawan-kawan yang bertungkus lumus baca buku dan nota.Tapi lepas exam,terus nampak buku-buku dan nota-nota mereka tersadai di tepi-tepi jalan dan di dalam longkang!Berdarah hati ni tengok.Kalu betol pon ilmu tu ada fissudur,laisa fissutur,jangan la duk biarkan buku tu macam tu je.

Hurm,kalau fikir-fikir,kalau tak der exam,maka semua pelajar kat atas dunia ni,memang takkan baca buku dan tak berjaya.Dan tidak akan ada perbezaan antara orang yang rajin dan malas,orang yang berjaya dan gagal.Kalau dipandang exam dari mata hati akhirat,kita boleh lihat yang exam ni,macam ujian Allah untuk hamba-hambanYA.Yerla,nak masuk syurga bukan senang kan?So,kena la diuji dan disaring serta dipilih terlebih dahulu.

[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat

Yer,kalau xder exam,lecturer tak boleh nak pastikan,samada student dia tu,berjaya atau gagal.Dia dah bagi pilihan kat kita sebagai anak murid,Samada nak berjaya atau nak gagal.Dia dah bagi ilmu(biiznilllah) n mengajar bersungguh-sungguh, n exam tu adalah satu pengukur atas kesungguhan kita dalam pelajaran.Ok,jom aplikasi dari pandangan mata akhirat.Allah dah bagi dua jalan kepada hamba-hambaNYA.Antara jalan keimanan dan jalan kekufuran.Antara jalan hidayah dan jalan jalan kesesatan.Kita kena pilih antara dua jalan itu.

Dan demi jiwa dan yang Menyempurnakannya. Lalu Tuhan memperkenalkan kepada setiap jiwa, keburukan dan kebaikannya. Sungguh beruntunglah orang yang dapat mensucikan jiwa itu, dan merugilah orang yang mengotorkannya. Asy-Syams:7-10


Duktur kat jami'ah pernah bagitau.Konsep exam ni,macam keyakinan kita tentang hari akhirat.Macam ni,kenapa setiap pelajar bersusah payah belajar?Adakah mereka ada jaminan yang mereka akan berjaya?Sedangkan kalau tidak ada exam,duktur yakin yang semua orang akan malas baca buku.Masa tu,duktur suruh angkat tangan sesiapa yang suka belajar.Memag tek der yang angkat tangan termasuk ana.Hoho,rasa diri tu agak teruk masa tu.Duktur bagitau memang kalau diikutkan,tiada student yang suka belajar.Yerla kena berjaga malam,buat nota,bangun pagi-pagi tuk pergi kuliah,tinggalkan selimut n katil yang empuk,hoho.Tapi sebab manusia tu tahu,kalau dia tidak belajar,dia akan gagal.Dia yakin yang kalu dia belajar bersungguh-sungguh,dia akan rasa kemanisan pada masa akan datang,dan semestinya dia akan berjaya dan dapat result yang cemerlang.Haaa,,,apa kaitannya dengan akhirat??Macam xder kaitan je,,eh,tunggu dulu.

Begitu juga dengan manusia kat dunia ni.Bagi mereka yang tidak percaya akan hari akhirat,duktur suh bagi contoh tadi.hoho.Boleh relates tak?Tak boleh?ok2,jom kita tafsir sama-sama.Pernah dengar x hadis sal "Dunia tu,bagaikan penjara bagi orang mukmin,dan bagaikan syurga bagi orang kafir"?.Yup,kat sini kita boleh lihat,orang yang betol-betol beriman,memang akan lalui jalan yang sukar kat dunia ni.Buat apa yang allah suruh,Tinggal apa yang Allah larang.Semestiya perkara tu,bukan sesuatu yang mudah.Tapi,hamba yang yakin dengan akhirat akan sabar ikut perintah allah kerana mereka yakin Allah sediakan syurga(dengan rahmatnya) bagi hamba-hamba yang
taat padaNYA.

[21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Semua yang beriman tahu bahawa,jika mereka ingkar dan kufur,neraka telah tersedia bagi mereka. Rasa terbayang-bayang pulak neraka sedang bertanya,"Hal min maziid???(Adakah masih ada penambahan(bagi mereka yang ingkar).Aku nak siram mereka dengan air aku yang mendidih" Huhu.Nauzubillah.Allah dah bagi hidayah,mahu kufur dan lebur,ataupun mahu beriman dan yakin akan janji-janjiNYA,sepertimana,seorang guru dah bagi ilmu n mengajar dengan baik.Tapi terpulang pada kita mahu berjaya atau gagal.The choice is yours.


Last sekali,duktur-duktur kat jami'ah pesan,jangan study sebab exam,tapi study la sebab kita betol-betol nak ilmu tu.Kena ikhlaskan niat di qalbu.Macam seorang hamba,taat pada Allah bukan sebab nak syurga semata-mata.Tapi sebab kita betol-betol cinta padaNYA dan mahu bersua muka denganNYA suatu hari kelak,,insyaallah.Teringat kata-kata ahli sufi,Rabi'ah Al-Adawiyah,"Beramallah Kerana Allah, Bukan Kerana Syurga Dan Neraka. Wahai Anakku, Jika Engkau Melihat Aku Sedang Berbicara Dengan Engkau Sekarang, Maka Ketahuilah Bahawa Hati Sedang Gering Dalam Merindui Allah Sang Pencipta. Hanya Jasadku Berbicara Denganmu Sedangkan Hati Aku Melayang Ke Langit Sana Bertemu Sang Kekasih.

Buat semua sahabat-sahabat terchenta yang sedang menghadapi exam,buat elok-elok ya,banyakkan pergantungan padaNYA.Usaha,doa dan tawakkal jangan lupa,hoho.
BERJUANG ITU MEMANG PAHIT,KERANA SYURGA ITU SANGAT MANIS! ^_^.Bagaimana nak rasa manis tu?Haa,rasailah pahitnya dulu! Bagaimana nak berjaya?Haa,study la dulu!Bagaimana nak masuk syurga?Haa,buatlah apa yang Allah suruh tu!


[47:31] Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.

Qalbun Salim??












APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…

INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!



Syarat utama bagi kejayaan dalam sesuatu komunikasi (perhubungan) ialah kepercayaan. Yang dimaksudkan dengan kepercayaan dalam perhubungan ialah rasa percaya seseorang terhadap orang yang dihubungi – jika perhubungan itu keluar. Atau kepercayaan seseorang terhadap dirinya sendiri – jika perhubungan itu ke dalam diri sendiri.



Sekiranya kepercayaan seseorang itu tinggi terhadap dirinya sendiri, maka ia akan berjaya dalam komunikasi dengan dirinya sendiri. Sebaliknya, jika kepercayaan seseorang sudah terjejas, apalagi jika sudah pupus, maka sukarlah komunikasi berlaku samada secara dalaman atau luaran.



Komunikasi dalaman, sangat berkait dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Sedangkan komunikasi luaran berkait dengan kepercayaan terhadap orang lain. Kita akan gagal berkomunikasi dengan diri sendiri jika kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi lemah. Dan begitu juga, kita akan gagal berkomunikasi dengan orang lain jika kita tidak ada sifat saling percaya-mempercayai.





Sikap tidak mempercayaai diri sendiri adalah lebih merosakkan kita daripada sikap tidak mempercayai orang lain. Orang yang tidak percaya akan kemampuan, kebolehan dan kelebihan dirinya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, kita mestilah selalu mempertingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri, untuk membolehkan kita melakukan ‘self motivated’. Dan salah satu cara untuk ‘self motivated’ ialah dengan melakukan komunikasi dalaman.



Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu memperkatakan tentang bagaimana seseorang dapat membantu seseorang yang lain melalui perantaraan komunikasi. Tetapi jarang kita mendengar seseorang membantu dirinya sendiri melalui perantaraan komunikasi. Apakah kita perlu bercakap-cakap dengan diri sendiri? Apakah ini gila namanya? Kalau boleh, bagaimana? Bagaimanakah yang dikatakan kita sedang berkomunikasi dengan diri sendiri?





Antara dua bahagian komunikasi ini, komunikasi dalaman mempunyai kesan yang besar pada manusia. Sayangnya, ia selalu diabaikan dan dipinggirkan berbanding komunikasi luaran. Tidak seperti komunikasi luaran yang kerap dititik-beratkan, dijaga dan dipelajari, komunikasi dalaman kekadang tidak dipedulikan lansung, apalagi hendak dipertingkatkan Manusia kerap kali mementingkan hubungannya dengan manusia lain, tanpa menyedari bahawa dia juga amat perlu untuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan komunikasi ke dalam diri.



Kemahiran berkomunikasi dalaman inilah yang boleh menentukan kemampuan seseorang memilih responnya. Jika kemampuannya tinggi, maka semakin berkuasalah seseorang dalam memilih tindakannya dan semakin berjayalah ia dalam hidupnya.



Banyak faktor yang menentukan kemampuan atau tahap komunikasi dalaman. Antaranya yang paling utama ialah faktor keyakinan. Keyakinan mempunyai kesan yang sangat besar kepada pancaindera yang lima bila berdepan dengan respon. Siapa yang mempunyain keyakinan yang kuat, maka pancainderanya juga akan kuat untuk mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang positif terhadap respon yang dihadapinya.



Keyakinan pula dibentuk oleh ibu-bapa, suasana, kawan, guru dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup. Jika keyakinan kita positif, maka positif jugalah komunikasi dalaman yang berlaku ke dalam diri kita. Orang yang mempunyai keyakinan yang kuat dan positif, akan menjadi seorang yang rajin, positif dan optimis. Sebaliknya, jika keyakinan seseorang lemah, maka seseorang akan menjadi malas, negatif dan pesimis.



Faktor kedua ialah percakapan terahadap diri sendiri. Percayakah kita bahawa dalam sehari kita lebih banyak bercakap dengan diri sendiri berbanding bercakap dengan orang lain. Malangnya, 70% percakapan terhadap diri sendiri ini adalah negatif. Untuk berjaya, percakapan yang negatif ini mesti ditukar kepada yang positif. Jika tidak, kita akan melakukan sabotaj terhadap diri sendiri. ”Aku tidak boleh” mesti ditukar kepada ”aku boleh.”



Jadi, semaklah apa yang kita selalu katakan kepada diri sendiri… Apakah negatif atau positf? Jangan biarkan kita menjadi musuh terhadap diri sendiri dengan komunikasi yang menyebabkan kita ’gagal’ sebelum gagal!

-http://genta-rasa.com