Thursday, March 31, 2011

SAnAH HeLwaH, Abi ^_^













Bismillahhirrahmanirrahim,,selawat dan salam kepada baginda MUhammad S.A.W.


Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati


Hoho,,tiba-tiba rasa sebak dengar lagu ni.Teringat kat abah yang terchenta.Masa kat Malaysia,selalu je dengar lagu ni,tapi tak rasa ape-ape pon.Mungkin sebab masa tu,abah ada di depan mata,tiap-tiap hari bersua muka,,kih3.Tapi,bila dah ade kat Jordan ni,rasa rindu kat abah.Ni la manusia,masa ada depan mata,tak nak pula hargai,tapi bila dah tak der,mula la rasa kehilangan.Eh,eh,jangan salah faham yer,abah saya masih hidup,alhamdulillah.Syukur Allah masih lagi bagi peluang untuk rasa kasih sayang seorang ayah,huhu(kalau abah baca ni,memang nangis r,haha).
Esok,1 April,genaplah umur abah 60 tahun,alhamdulillah.Semoga allah panjangkan umur abah yang tengah berjuang di Sarawak sekarang ni.Maklumla,semangat pilihan raya.Di mana ada pilihan raya,di situlah ada abah,haha.Haish,patutla abah nak salah seorang anak dia jadi senator.Macam ana je yang kena realisasikan impian tu,hehe.

Bercakap sal abah ana yang shomell ni,rasa sebak la pulak.Frankly speaking,ana sebagai anak yang ke sepuluh daripada adik beradik yang sedozen ni,(satu mak je ok,)rasa sangat kagum pada abah.Yup,walaupun tak tunjuk kat abah,hoho.Abah banyak bagi pengaruh dalam hidup ana sebagai seorang penuntut ilmu.Masa kecik-kecik dulu,selalu tengok abah baca buku tanpa henti.Bangun dengan buku,tidur pon dengan buku.Tapi selalunya abah baca mukaddimah buku tu,terus tertido,haha,gurau je.Tu anak dia yang buat macam tu.Kat umah,satu almari ada koleksi buku-buku abah,Termasuklah buku abah kat pustaka universiti yang dia pinjam n lupa nak hantar balik. Mungkin pak cik pustaka tu bagi buku tu kat abah kowt,haha.Abah pernah pesan,kena sentiasa baca buku sampai mati.Kena rajin cari ilmu,jangan pernah putus asa.Abah cerita,dia pernah amik SPM 8 kali,(tak taula masa bah bagitau tu,dia bergurau ke serius).Tapi dia tak pernah putus asa.N alhamdulillah,abah dapat habiskan pengajian sampai peringkat Master di UKM.Huhu,abah,maafkanlah anakmu yang agak malas ini.

Hurm,ape lagi yer nak bagitau sal abah.Abah seorang yang sangat berdikari(tak macam anaknya,kui3.Abah cakap,kat dunia ni,jangan bergantung harap sangat kat manusia.Banyakkan pergantungan pada Allah.Teringat pulak masa mula-mula nak apply Jordan.Semua urusan abah yang buat.Anak dia ni,tolong isi borang je,hoho.Dahla anak dia yang sorang ni suka buat hal,mula-mula isi borang nak pergi Mesir.Dah siap hantar dah pon borang tu kat pejabat Yayasan Islam Kelantan.Tapi,tiba-tiba angin dan ribut yang jarang datang ke Kelantan,anak dia pulak nak tukar pergi Jordan.Haish,tak patut betol,huhu.Banyak pulak urusan yang kena buat.Turun naik pejabat.Sabar je la abah dengan anak dia tu.Abah ulang-alik dari KL tuk tanya sal biasiswa pergi Jordan.Tiap-tiap minggu pergi.Rasa bersalah pon ade.Banyak menyusahkan abah.Maafkan anakmu ini,abah.Akan kuberusaha untuk jadi manusia yang berdikari.

Apabila duk kat jamiaah ni,teringat pulak abah pergi ambil dan hantar ke sekolah.Huhu,rindu nak naik kereta dengan abah.Walau lewat manapon anak dia ni balik dari sekolah,dia tetap setia menanti.Thanks abah.Masa naik kereta pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mesti abah bagi tazkirah dulu.Memang tak payah dengar tazkirah pagi kat radio IKIM,Hehe.

Satu lagi yang ana kagum dengan abah,dia tak pernah tinggal baca quran,Setiap kali lepas solat,wajib baca Quran dengan tafsir sekali.kalau time abah rajin,dia akan syarah tafsir quran tu kat umi n ana sambil bercerita apa yang Allah nak bagitau di sebalik ayat-ayat cintaNYA itu.Abah bagitau,kalu baca Quran,pastikan baca tafsir sekali,barula boleh rasa apa yang Allah nak sampaikan.Baiklah abah:).Anakmu menurut perintah,kui3.

Apa yang paling menyedihkan,sehari sebelum berangkat ke Jordan,iatu pada hari raya yang pertama,ana dan famili sedozen,beratur ikut turutan tuk bersalaman dengan abah n umi.Memang sedih tahap giga masa tu,Tengok abah nangis dulu.Umi cool je,hehe.Masa tu,ana terus pergi dapur,nangis kat situ,tak nak tunjuk.Nanti habis famili ejek,wawawa.Memang tak boleh tengok abah nangis,terus rasa lemah.Rasa nak postpone je tiket pergi Jordan.Hoho.Last tengok abah nangis,masa kat airport.Haish,memang banjir la airport tu masa tu.Abah pesan,"Ilah,belajar betol-betol,bia balik nanti,boleh mengajar orang lain,jadi orang yang beragama,".Huhu.Ni nampak gaya macam abah suruh ganti dia mengajar mak cik-mak cik kat masjid je ni,haha.Insyaallah abah,akan kugenggam pesananmu itu seeratnya di qalbu.Jazakallah kerana telah membesarkan anakmu yang memang besar ini.Semoga allah redha dengan dirimu.Ana uhibbuka kaifa ma kunta,:).


Bahagia seluruh semesta

bermula dari sebuah keluarga

dari titis susu ibu tersayang

terbinalah sungai kasih yang panjang

Tumbuh dari keringat ayah

kita perah pengorbanannya yang melimpah

air matanya mengalir di darah kita

membina semangat dan cita-cita

Rentaslah seribu lautan

kembaralah di serata benua

tak kan kau temui semurni cinta

semurni cinta keluarga

Bila langkah remajamu ditusuk sembilu

kembara dewasamu diamuk nafsu

kenanglah pesan ibu

ingatlah madah ayah:

Kembalilah ke jalan Allah.

2 comments:

  1. fuh...heghik aku baco mg tlis nih...aku byk skli doso nga abah...huhu

    ReplyDelete
  2. akih,,:)
    slagi allah bg abah d sisi,,hargailah dia..
    bnyk pongorbnn abah buat yg kita xperasan,,
    doakanlah abah,,n umi,,:)

    ReplyDelete