Thursday, March 24, 2011

~Manusia Biasa Yang Luar Biasa~

















Bismillahirrahmanirrahim,,ALhamdulilllah,wa syukru lillah,satu ungkapan yang perlu manusia ungkap setiap hari,tanda syukur pada Si Dia yang tidak pernah putus memeberi nikmat sampai tidak mampu untuk manusia hitung walaupun mereka mendapat markah yang tinggi dalam subjek +Math and Math Moden..:)..Memang luar biasa sesiapa yang dapat Mumtaz dalam +math,hehe,sebab ana tak dapat pon markah tinggi,memang teruk la jugak,dah dapat result baru insaf,tu la,cikgu suruh buat latihan,tak nak buat,,haish,,nasib baik Allah bagi rasa kesal tu,kalau tak rasa,mungkin tu lebih teruk kowt,,huk3,,Thanks Allah:)..At least,lerpas ni,dah tak nak main-main dalam belajar,Insyaallah:)

Haish,,asyik cakap sal luar biasa je ni,,hurm kenapa yer?Sebab sesuatu yang luar biasa itu lebih baik dari yang biasa dan terbiasa.Hari ini,kat jami'ah ana ditakdirkan allah mengikuti satu talk dari Dr Amjad Qursyah,antara salah satu duktur kat jamia'ah yang ana sangat kagumi.Beliau mengajar ana subjek Introduction Of Islamic Culture,subhanaalllah,memang AllAH anugerahkan sesuatu yang luar biasa kepada dia.Tahu tak ape?Allah bagi hidayah yang membuatkan dia tidak pernah berhenti bercakap dan memeberitahu orang di sekeliling tentang siapa itu Allah dan apa itu ISLAM.Hidupnya diserahkan sepenuhnya untuk ISLAM,beliau telah pergi hampir ke seluruh dunia untuk bercakap tentang Islam.Hati yang rapuh ini terasa sangat gementar bila setiap kali mendengar kata-katanya yang keluar dari hati.Rasa ditembak dengan senapang gajah.(Senapang gajah tu macam mana?kih2,,main sebut je,dengar orang2 tua selalu sebut).

Ana terpana dengan salah satu pengalaman dia sepanjang dia menyampaikan Islam di salah sebuah negara yang minoriti penduduknya adalah Non-Muslim.Beliau bercerita dengan penuh gaya,kih2,suatu hari,beliau dijemput untuk memberi ceramah di salah sebuah tempat di Hong Kong.Kebetulan pada hari itu,lebih kurang 20 orang bukan Islam mahu memeluk Islam di hadapan orang ramai(kembali pada fitrah),subhanaallah,semoga allah sabatkan hidayah kepada mereka.Mereka yang seramai 20 orang itu,duduk di kerusi paling hadapan,menunggu giliran untuk mengucapkan kalimah syahadah sambil mnemegang kertas yang ada terjemahan syahadah dengan kaedah yang mudah untuk disebut.Biasalah,lidah bukan Arab,jadi agak sukar untuk sebut syahadah sambil-sambil hati mereka gentar kerana mereka bakal melangkah ke alam baru,ibarat bayi yang baru lahir ke dunia:).Shomell

Tiba-tiba ada seorang mak cik,yang umurnya lebih kurang 50 tahun,duduk di barisan paling hadapan,pergi ke hadapan dan menolong setiap orang non-muslim yang mahu memeluk Islam itu.Dia berusaha menolong mereka menyebut kalimah syahadah.Dia ulang alik dari kerusinya tanpa rasa penat,menolong satu persatu dengan sabar hingga menimbulkan rasa kurang selesa di hati Dr.Amjad,Tedetik kat hati dia,"Kenapala mak cik tua ni menyibuk je kat depan ni,asyik duk ulang alik pergi kat mereka,campur urusan mereka,biarlah mereka tu berlatih sendiri mengucap kalimah syahadah".Lebih kurang macam tu la yang duktur bagitau perasaan dia masa tu.Selepas selesai majlis pengislaman mereka,tibalah masa untuk duktur memberi talk kepada hadirin di dalam dewan.Tapi masa tu,duktur Amjad bagitau,dia still rasa tak puas hati dengan mak cik tu,sebelum dia bagi talk,dia panggil la salah seorang AJK majlis tu,dia tanya,"siapa mak cik yang ulang alik tu?Saya rasa dia tak patut masuk campur urusan mereka." AJK tu pon jawab,"Oh,mak cik tu namanya Medina,dia tukang pencuci bangunan.Duktur kelihatan masih tak puas hati dengan jawapan AJK tu tadi,dia cakap bukan tu jawapan yang dia nak,dia nak tau kenapa mak cik tu boleh ulang alik pergi ke hadapan dan tolong mereka yang mahu memeluk Islam itu.AJK tu jawab sekali lagi,,,,

"Sebenarnya mak cik tu yang membawa dan mengajak mereka semua itu memeluk Islam.Dia sudah mengislamkan lebih kurang 620 non-muslim." Duktur terus terpana,Subhanaallah,sangat luar biasa,beliau tiba-tiba rasa bersalah sebab kurang selesa dengan mak cik itu sebelum ini.Selepas selesai saja ceramah duktur,beliau terus berjumpa mak cik itu,beliau berkata"Saya sangat kagum dengan awak sebab dapat mengislamkan ramai orang,sangat luar biasa..Macam mana awak buat?" Mak cik itu dengan malu-malu memberitahu,dia hanyalah seorang yang biasa,dia hanya menceritakan tentang Islam sambil-sambil dia bekerja sebagai tukang cuci.Dan paling luar biasa,dia memberitahu duktur,"Duktur,saya rasa saya tidak buat apa-apa pon dengan mengislamkan 600 orang lebih,saya berhasrat untuk islamkan 1000 orang non-muslim satu hari nanti," Subhaanaallah,,aazim,duktur terus terpana,,termasuklah ana yang mendengar cerita duktur tu,,huhu,,rasa sebak.Nak nangis pon ade.

Mak cik yang biasa-biasa itu pon boleh jadi luar biasa dengan mengislamkan beratus-ratus non-muslim,takkanla kita tak boleh?huhu.At least,kalu kita tak dapat islamkan mana-mana non-muslim pon,kita masih ada tanggungjawab tuk sampaikan Islam pada orang Islam itu sendiri yang sesetengah dari mereka lebih teruk dari non-muslim,Allahuakbar.Sampai bila kita mahu duduk bersenang lenang?Syurga itu Allah sediakan untuk orang yang luar biasa,takkanlah nikmat-nikmat yang allah sediakan kat syurga tu untuk orng yang duduk goyang kaki?Jangan perasan!Jangan sampai Allah bagi musibah kat kaum kita baru rasa nak bergerak,baru rasa nak praktik Islam.Jangan jadi Melayu yang LAYU.Fikir-fikirkanlah.

p/s:~sEdetk kita jadi muslim,dari saat itu juga kita adalah seorang pendakwah samada kita sedar atau buat2 xsedar,setiap perbuatan dan percakapan kita,adalah satu mesej ISLAM kepada orang sekeliling,terutamanya non-Muslim,,jadi,hati2lah wahai sahabat,jgn smpai anda sdri mmbwa fitnah kpd ISLAM,KITA PENDAKWAH,bukannya PENDAKWA,,~

2 comments:

  1. kerdilnya diri..
    agak2,kalau jumpe mak cik tu,first expression kita ape..
    without knowing what she had done,mungkin dia hanya dilihat sebagai manusia biasa di tengah lautan manusia di dunia ni..
    tapi pada pandangan Allah??
    (ckp omputih sikit ngn ore jordan,hee..)

    ReplyDelete
  2. da:)
    allah juga yang bisa hinakan dan muliakan manusia dalam sekelip mata:)
    ramai manusia leih mengejar redha mnsia sdri,
    tp redha allah,dibuang,,huhu,,
    smoga kita jd sebutan penduduk langit!!
    hasbunaallah

    ReplyDelete