Thursday, March 17, 2011

~Rindu pada Sayap Kiri itu..~











Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,wamaghfiratuh waridhwanah,,

Alhamdulillah,summal hamdulillah,allahuakbar,,diri yang dhaif ini,dapat lagi menggagahkan diri untuk menulis kalam-kalam yang biasa pada pandangan penduduk dunia,tapi ku harap ia menjadi luar biasa pada pandangan penduduk langit,sungguh,ku harap untuk bertemu mereka di sana.Sudah lama tidak meng"updates" blog yang usang ini.Apabila diri ini sedang asyik menjelajah blog-blog sebagai makanan buat roh yang lapar,ana terjumpa blog seseorang yang ana sangat rindu,sangat sayang,sahabat ana,Syahida Ahmad Tajuddin,Tiba-tiba rasa mahu berlinang air mata ini atas rindu yang dipendam keranaNYA,,.Sungguh aku cintakan dia kerana persaudaraan Islam yang wujud atas nama Pencipta Cinta Yang Satu.


Tiba-tiba rasa segan dan malu tengok blog dia,
http://assyaheedah.blogspot.com/ (hehe.da,la taghdobi,sy promote awk pnye blog :)..tu laa,spe sruh main hide n seek?kih3)
Masyaallah aazim.Teringat pada sabda kekasih Allah,"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada hambanya,Dia akan beri kefahaman dalam agama".Allah,rasa sangat gembira dengan mauizah-mauizah dan tausiyah yang ditulis dalam blognya.Diri ini bukan memuji apatah lagi memuja,kerna dia juga seorang manusia biasa yang ku yakin luar biasa di pandangan Allah,Insyaallah.Teringat pada kenangan di Maahad Muhammadi Perempuan,madrasah yang merupakan rumah keduaku.Di sinilah diri yang jahil ini makan dan minum hidngan-hidangan rohani yang diberikan oleh murabbi-murabbiku yang sangat kucintai.Di sinilah juga diri ini menerima pelbagai hadiah-hadiah ujian dari si Dia yang tidak pernah jemu menegur diri ini melalui ayat-ayat cintaNYa yang tidak pernah pudar,Allah,betapa ku sangat rindu saat-saat itu.


Di sinilah juga ana ditakdirkan berjumpa dengan Syahida.Masa tu,ana dalam kelas 4 Sains 4,walaupun masa form 2 lagi sekelas dengan dia,tapi kita orang tidak bertegur sapa.Hehe,rasa rugi tak kenal dari dulu.Tapi Allah juga sebaik-baik penentu.Rasa sangat syukur pada Allah,bagi sahabat yang terbaik sepanjang berjuang bersama-sama di maahad.Dialah kawan,dialah teman,dialah sahabat,dialah taulan,dialah sayap kiriku.Ketika diri ini rasa lemah dan lumpuh dengan karenah manusia yang suka memakan daging saudara sendiri serta memberi jamuan daging-daging busuk itu kepada orang lain,dialah yang memberi madu pada hidangan itu.Rasa sangat manis daging itu.Allah,diri ni berharap dapat berlindung di bawah naungaNYa atas cinta ini padaNYA.Lantas terketuk oleh sabda rasulullah S.A.W,
Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah).

Rasa sangat takjub apabila menyelusuri sirah Muhajirin dan Ansar.Sangat hebat akan anjakan paradigma yang Allah bagi pada golongan Ansar dan MUhajirin yang telah bermusuh selama beberapa ratus tahun.Tetapi setelah kedatangan Islam,semua itu telah merubah mereka atas persaudaraan yang Allah tanamkan dalam hati-hati mereka.Kita lihat kepada jawapan golongan Ansar apabila diberi pilihan oleh Rasulullah s.a.w, ” Sekiranya kamu mahu, kamu boleh membahagikan kepada muhajirin rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu berkongsi bersama mereka harta ghanimah ini. Dan sekiranya kamu mahu kamu boleh mengambil semula rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu tidak mendapat apa-apa dari harta ghanimah ini.” . Maka Ansar menjawab : ” Malah kami akan membahagikan harta-harta kami dan rumah-rumah kami dan kami akan memberikan harta ghanimah tersebut kepada mereka dan tidak berkongsi bersama mereka. “.

Ya Ilahi,semoga diri ini dapat menjadi sahabat yang terbaik bagi orang-orang sekeliling.Syukran atas kurniaan Kau yang telah memberi pinjam kepadaku Syahida dan sahabat-sahabat yang berada di sampingku.Sungguh cintaMU terpancar dari kasih sayang mereka yang tidak pernah putus.

p/s:To Syaheedah,smoga Allah menyinari setiap langkahmu,jangan terhenti oleh tangan-tangan manusia yang cuba untuk memadamkan cahaya itu..kerana aku juga ingin menyuluh jalanmu!! Jom sama-sama berjuang hingga ke Syurga..:)

3 comments:

  1. berbekalkan keikhlasan, hati itu hanya Allah yang tahu betapa telusnya dalam perjalan hidup kita dan Allah memberi apa sahaja termasuk kebahagian kepada siapa sahaja yang Dia mahukan, harus menduga dalam setiap kejadian ada hikmahnya, perpisahan sementara itu mungkin Allah memberi peluang kepada kita untuk terus 'mengumpul rindu' kepada si dia. =)

    ReplyDelete
  2. masyaAllah..walau diri ini terlalu hina,namun Dia masih izinkan daku buat mengenal insan sepertimu dalam menghitung hari menemuiNya.
    seringkali hati ini berbisik..
    bagaimana diri yg kerdil ini bisa dikurnia Tuhan seorang sahabat yg menyintaiku kerana Dia semata.Allahuakbar..
    sungguh,ianya suatu kurniaan tidak ternilai buatku.
    alhamdulillah,terima kasih ya Allah.
    terima kasih wahai jiwaku,Azilah=)

    wajah kerinduan kami kepadaMu ya Allah adalah tanpa batas,
    kerinduan kami adalah sebab buat kami bertemu dgnMu,
    langit cinta kami telah melahirkan samudera wajah kerinduan kami buatMu,
    walau kini Kau ghaib kami nyata, kami yakin akan bertemu jua dgnMu.

    salam cinta penuh kerinduan dari yg jauh..

    ReplyDelete
  3. syaheedah:semoga allah redha akan cinta ini,,tapi hakikatnya,cintaMU padanya membuatkan aku cinta dan sayang kepadamu wahai sahabatku,,
    jom sama2 mengejar cinta segala cinta dari si PENCIPTA cinta:)

    ReplyDelete