Saturday, December 25, 2010

Hati-hati menjaga hati


Alhamdulillah,akhirnya dapat juga curi-curi masa untuk bersiaran buat kali ini.Segala puji bagi Allah yang mengatur kehidupan manusia dengan sebaik-baiknya.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh:)
Apa khabar semua??Semoga iman dan jasad kita berada dalam kesihatan yang baik dan terjaga.Bagi yang sakit dalam badan,sila berjumpa doktor-doktor di hospital,dan bagi yang sakit dalam hati,sila menghadap Pencipta segala hati:)Tetapi sejauh manakah kita mengenali penyakit yang ada dalam hati kita itu??Adakah penyakit hati itu dapat dilihat dengan cara X-ray?Semestinya tidak!Hati itu ibarat raja di dalam sebuah negeri,Hati juga yang memerintahkan seluruh anggota badan supaya bertindak sesudah mendapat arahan.

Saudara-saudaraku,tidak seorang pon daripada kita yang keluar dari rumahnya dalam keadaan orang lain tidak senang melihatnya.Yakni tidak mungkin ada daripada kalangan kita yang keluar dari rumah sebelum mencuci mukanya dan memakai pakaian yang cantik-cantik dan bersih.Mungkin salah seorang daripada kita apabila keluar dari jalanan dan tiba-tiba ada sebuah kereta yang meluncur laju di tepi lopak yang kotor sehingga terkena di baju pejalan itu,mungkin dia akan berpatah balik ke rumahnya dan memebersihkan dirinya.Ini adalah bandingan bagi sesuatu yang dilihat dan diambil kira oleh manusia.Bagaimana tempat yang dilihat oleh Ar-Rahman SWT?Sesungguhnya Allah tidak pernah melihat kepada rupa paras dan luaran fizikal kamu akan tetapi DIA melihat ke dalam hati kamu.Sekiranya salah seorang daripada kalangan kita merasai perasaan ini setiap hari.Berapah nilai pandangan Allah SWT terhadap dirinya?nescaya DIA akn menyiapkan dirinya sebagaimana dia menyiapkan pakaiannya.wajahnya sebagaimana dia mahu berjumpa dengan manusia-manusia lain.Bahkan lebih baik daripada ini lagi.

Memadaikah bagi kita jika kita menyamakan pandangan makhluk dengan pandangan Pencipta?Berkata Saidina Ali bin Abi Talib,"Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati.Hati adalah tempat turunnya rahmat dan mengandungi ilmu pengetahuan"

Para ulamak membahagikan hati kepada empat bahagian:

1)Hati yang tercemar dengan kekotoran.

2)Hati yang pecah.

3)Hati yang tertutup.

4)Hati yang suci.

Seperti bekas kaca.Bekas kaca yang pertama merupakan yang di dalamnya sangat kotor dan terdapat lumut-lumut yang melekat adalah perumpamaan bagi hati yang di dalamnya terdapat kekotoran dan najis.Seperti hati yang terdapat di dalamnya sombong,bohong,hasad,dengi,dan sebagainya.Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini,tercemarlah rahmat tersebut kerana kekotoran yang ada di dalam hati itu.Sebagaimana firman Allah SWT,"Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya itu sebagai Tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka".Ilmu tetap masuk,akan tetapi,setitis dakwat yang hitam daripada hawa nafsu,dapat mencemarkan selautan ilmu.

Bagi hati yang pecah ,seperti hati manusia yang terus-terusan melakukan maksiat iatu setiap kali dia melakukan kedbaikan,dia akan susuli dengan melakukan maksiat selepas itu.Hadir majlis yang mulia,tetapi bila keluar sahaja dari majlis itu,terus mengumpat orang saudara sendiri.Selepas memegang biji tasbih,berzikir ataupun solat dua rakaat,terus buka televisyen dan menonton adegan-adegan yang diharamkan tanpa ada perasaan takut dan malu pada Allah.Maka tidak sempat pon rahmat itu kekal dalam hati,melainkan ia keluar laju.Umpama bekas yang retak dan dituang lagi dengan air panas.

Begitu juga dengan bekas yang tertutup rapat,sebanyak manapun air dicurah ke dalamnya,air itu tidak dapat masuk dan tercurah keluar.Umpama hatinya yang terkunci.sebanyak manapun rahmat daan hidayah Allah yang diberiakn kepadanya,malangya masih tidak daapat menembusi dan meneroboh hati yang tertutup rapat itu.Ini adalah contoh bagi hati yang suka membangkang.Menentang Allah,orang-orang soleh dan para ulamak.Apabila dia menghadiri sesuatu majlis yang baik,dia akan mencari kesalahan orang,dia menderhaka kepada ibu bapa,memutuskan hubungan silaturrahim,Ini semua adalah antara perkara-perkara yang menutup hati.Tidak dapat dimasuki rahmat.

Adapun hati yang keempat,ana berharap ia merupakan hati sayas dan hati kamu semua,insyaallah.Hati yang bersih,suci dan redha.Hati yang penuh dengan kebaikan dan rahmat Allah.Iatu umpama sebuah bekas yang bersih daripada segala kekotoran dan apabila dituangkan air,ia kelihatan sangat jernih.
Allh berfirman,"Pada hari kiamat,sudah tidak berguna lagi harta benda,anak pinak kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera."(As-Syura,88-89)

Ramai orang,apabila mendengar ataupun membaca perbicaraan tentang hati,terkesan.
Tetapi,soalan masyhur adalah,"Apakah ubatnya?Apa aku nak buat?Aku tahu hati aku ini rosak dan kotor dan aku tahu hatiku memang begini." Satu perkara yang dapat kita ambil ialah mengenal penyakit.Seorang doktor hanya dapat memberi ubat dan merawat seorang pesakit hanya apabila dia mengetahui keadaan da penyakit pesakit itu..Semoga kita putihkan semula warna-warna hitam yang menyelubungi dan menggelapkan hati-hati kita.

Nabi s.a.w bersabda :

إن المؤمن إذا أذنب ذنباً كانت نكتة سوداءُ في قلبه ، فإذا تاب ، ونزع ، واستغفر صقل قلبه منها ، وإذا زاد زادت حتى يغلف قلبه ، فذلك الران الذي ذكره الله في كتابه ( كلابل وان على قلوبهم ما كانوا يكسبون ) المطففين 14

Ertinya : Sesungguhnya seorang mukmin itu, adalah apabila dia melakukan dosa, maka wujudlah satu titik hitam di hatinya, maka apabila dia taubat, hilanglah titik hitam itu dan licinlah hatinya semula, namun apabila ditambah dosanya, semakin tertutuplah hatinya, maka itulah karat yang disebut oleh Allah di dalam KitabNya ( Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibn Hibban & Al-Hakim; Hasan menurut Tirmidzi, Sohih menurut Ib Hibban; Al-Hakim menilai sohih dan dipersetujui Az-Zahabi atas syarat Muslim )

No comments:

Post a Comment