Saturday, January 8, 2011

Wahai Diri!!

Khas buatmu wahai saudaraku,,insaflah wahai diri...


Lahirmu kerna satu tujuan,

Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan

Kemanisan dunia tidakkan berkekalan

Jangan sampai kau sesat di hujung jalan

Wahai diri,

Hari-harimu berlalu tanpa kau sedari,

Bulan dan tahun silih berganti,

Ramadhan,Syawal,Muharram,

Kehidupan semakin menjauhi,

Kematian pula datang mendekati,

Wahai diri,

Alam dan makhluk sukar mengasihanimu,

Masa turut terus meninggalkanmu,

Manusia tidak akan selamanya bersamamu,

Yang pasti hanya Allah yang sentiasa menemanimu,

Wahai diri,

Mengapa wujud takbur dan berbangga?

Sedang kau hanya ciptaanNYA yang akan binasa,

Yang tiada upaya,lemah tidak bermaya,

Wahai diri,

Mengapa kau masih ingkar?

Berani suruhan dan laranganNYA kau langgar?!

Kau nahi yang makruf,kau amar yang mungkar!

Sungguh berani kuasaNYA kau cabar,

Mujur tuhanmu Maha Bersabar,

Wahai diri,

Kenapa kau biar dirimu terleka?

Yakinlah kau akan satu perkara,

Setiap amal pasti akan dibalasNYA!

Maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya,

Wahai diri,

Buanglah ego dan sombongmu,

Mintalah keampunan dari tuhanmu Yang Satu,

Andai selamat yang kau mahu,

Di hari yang dasyat dan tidak menentu

Wahai tuhan,terimalah ampunanku,





No comments:

Post a Comment