Tuesday, December 7, 2010

LUAR BIASAKAH KAMU??











Bismillahhirrahmanirrahim,
apa khabar orang-orang yang luar biasa??keif halukum??ni hao ma??how are you??
fauqa mumtaz??hehe.Soalan cepu cemas pada hari ni,,luar biasakah kamu??Saya tolong jawab,"Ya,saya seorang yang LUAR BIASA!,kerana saya mahu masuk syurga yang sememangnya LUAR BIASA dan bukannya biasa-biasa dan diciptakan hanya untuk orang yang LUAR BIASA yang sanggup hidup dalam dunia yang biasa tapi mencipta kehidupan yang LUAR BIASA yang orang biasa tidak mampu untuk melakukannya melainkan orang yang LUAR BIASA,:).Tidakkah anda merasakan anda orang yang LUAR BIASA??Dari manakah asalnya anda??Dari teori CHARLES DARWIN kah??Sememangnya TIDAK!Jadi siapa anda??Sekali lagi saya jawab,,hehe,"Saya dan kamu semua daripada keturunan Nabi Adam Alaihissalam.",luar biasa bukan??Masih berasa kamu hanya orang yang biasa??Masih ingatkah kita semasa belajar tentang pembentukan janin?Sewaktu persetubuhan berjuta-juta sperma dipancutkan kedalam faraj, dekat dengan persekiataran servik yang beralkali. Kebanyakan sperma 'berenang' pada arah yang salah, lain-lainnya terbunuh oleh keadaan berasid dalam faraj / vagina. Manakala yang lainnya terperangkap dalam lipatan dinding-dinding faraj,
Sperma yang berjaya melalui terus servik dibawa kearah tube fallopio secara alami melalui tindakan otot-otot pada uterus.
Persenyawaan berlaku dalam tube fallopio. Sperma pertama yang berjaya menembusi telur membebaskan satu bahan kimia yang memusnahkan semua sperma-sperma lain yang melekat disekitar zona pellucida.
Sebaik sahaja telur itu ditembusi oleh satu sperma, dengan serentak tindak balas kimia menghalang sperma lain daripada memasuki telur itu.Nah!Sememangnya anda seorang yang luar biasa kerana mampu menewaskan sperma-sperma lain dan meneruskan perjuangan sehingga mnjadi seorang manusia,biiznillaH.
Persoalan seterusnya,bagaimana untuk menjadi orang yang luar biasa?Saya jawab buat terakhir kali(dah memang tAkde orang nak jawab.hehe).."Jauhi maksiat"

Maksiat itu terbahagi kepada dua iatu,maksiat zahir dan maksiat batin,

Maksiat Zahir

IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua.

Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh. Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulah Nabi SAW bersabda,

“Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya.”

Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya.

Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada perlakuan maksiat, ia telah menyalahi fitrah kejadiannya sendiri. Di waktu inilah seseorang itu menjadi kufur terhadap nikmat Allah.

Oleh itu, hendaklah setiap individu muslim menjaga sungguh-sungguh seluruh anggota badannya terutamanya anggota yang tujuh iaitu memelihara MATA, TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN, TANGAN dan KAKI. Ini kerana neraka Jahannam itu terdiri dari tujuh pintu dan tidak terhumban ke dalamnya anak Adam melainkan maksiat anggota yang tujuh itu.

Mata yang dianugerahkan Allah untuk melihat dan memimpin anggota tubuh yang lain wajib dielakkan dari melihat empat perkara. Peliharalah mata dari melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan, melihat gadis remaja dengan iringan syahwat, melihat kepada sesama muslim dengan pandangan yang menghinakan dan melihat segala keaiban orang lain.

Telinga yang berfungsi untuk mendengar sesuatu harus dicegah dari mendengar segala perkataan bid’ah yang menyimpang dari ajaran agama, mendengar umpat-mengumpat dan kata-mengata, mendengar perkataan yang keji dan juga mendengar perkataan yang batil dan sia-sia.

Lidah diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah ia digunakan mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng dengan menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda, mengumpat, menfitnah, bertengkar dan mengucapkan segala perkataan kotor. Rasulullah SAW bersabda,

” Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat munafik.”

Tetapi dalam keadaan tertentu kita harus berdusta, misalnya untuk mendamaikan dua orang yang berkelahi atau suami-isteri yang bergaduh, yang mana tidak mungkin mereka dapat didamaikan kecuali dengan berdusta. Begitu juga dengan mengumpat. Mengumpat dibenarkan jika membawa maslahah (kebaikan) yang meliputi pada enam keadaan :-

-Mendedahkan kejahatan penjenayah supaya dihukum pemerintah atau mendedahkan kezaliman pemerintah supaya dihukum oleh rakyat.

-Mendedahkan perbuatan mungkar seseorang supaya dia meninggalkan maksiat tersebut.

-Mendedahkan kezaliman seseorang untuk menuntut hak dan keadilan.

-Mendedahkan kefasikan dan kezaliman seseorang kepada orang yang belum mengetahuinya bagi mengelakkanmereka bersahabat dengan si fasiq atau si zalim itu.

-Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali melainkan dengan menyebut keaiban yang ada pada dirinya.

-Menyebut akan sifat keji orang yang masyhur dengan kezaliman, kefasikan atau kejahatannya.

Selain dari enam situasi di atas, kita dilarang sama sekali dari mengumpat walau apa yang dikata itu ada kebenarannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda,

“Jangan mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain. Adakah sebahagian kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu benci.”

Perut pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah (tidak jelas antara yang halal dan haram). Ini kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging. Rasulullah SAW bersabda,

” Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih utama untuknya.”

Rasulullah SAW turut bersabda lagi,

” Ibadat dan ilmu yang disertai dengan memakan rezeki yang haram seperti membina rumah di atas himpunan najis.”

Seterusnya, Imam Ghazali mengingatkan kita agar menjaga kemaluan dari segala yang diharamkan ke atasnya oleh Allah. Hendaklah ia dipelihara sebagai mana firman Allah,

” Dan mereka yang memelihara akan kemaluan mereka melainkan ke atas isteri mereka atau ke atas hamba sahaya mereka, meka sesungguhnya mereka tiada dicela.”

Tangan turut harus dijaga dengan sebaik-baiknya dari memalukan dan menjatuhkan maruah sesama Islam. Ia juga janganlah digunakan untuk mencapai tujuan yang jahat atau menyuruh berbuat yang haram.

Manakala kedua kaki pula hendaklah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat maksiat yang ditegah oleh syarak. Dan juga kedua kaki itu hendaklah dikawal dari menghadap pemerintah yang zalim tanpa sebarang keadaan darurat yang mendesak. Begitulah nasihat Imam Ghazali didalam kitabnya yang agung, ‘ Bidayatul Hidayah.’

Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota tersebut akan memberi kesaksian di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ya-Siin, ” Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.


Maksiat Batin

Apabila disebut sahaja maksiat, kita tahu bahawa ia merupakan suatu perkara
yang dimurkai ALLAH s.w.t. Kita menyedari apabila kita dan orang lain
melakukan maksiat. Tetapi kita selalu hanya sedar maksiat itu dari sudut
maksiat zahir sahaja. Kita selalu alpa terhadap maksiat-maksiat batin yang
kita lakukan yang ianya boleh membahayakan diri kita sendiri.

Maksiat Batin merupakan maksiat yang berlaku kerana perlakuan atau tabiat
hati dan jiwa manusia. Ahli-ahli sufi menjadikan maksiat-maksiat batin ini
sebagai musuh dan serangannya.
Di antara maksiat-maksiat batin ini adalah:-

1 . Tamak.
2 . Marah.
3 . Hasad Dengki.
4 . Bakhil.
5 . Takbur.
6 . Hairan pada diri sendiri.
7 . Riak.
8 . Cintakan dunia.
9 . Cintakan kemegahan.
10. Sifat lain yang setara dengannya.

Perkara ini juga disebut sebagai penyakit hati yang wajib bagi setiap
individu muslim berusaha menghapuskannya demi kesejahteraan dunia dan
akhirat.

Firman ALLAH dalam surah As-Syams Ayat 9-10

Maksudnya:-

“Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya
(lahir dan batin). Dan benar-benar rugi (menyesal) orang yang mengotori
dirinya.”

Wallahu a’lam..

No comments:

Post a Comment