Monday, May 13, 2013

~Mengintai Kematian~

Bismillahirrahmanirrahim,,,

Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat-sahabat sekalian.Semoga kalian semua dalam jagaan  Allah yang sebaik-baiknya.Sudah tentu Allah menjaga kita dengan sebaiknya,tapi sebaliknya kita yang tidak menjaga diri kita dengan sebaiknya,terutama sekali IMAN kita.Apa khabar IMAN kita?Semoga sentisa disirami dengan curahan air taqwa,ditaburi dengan bunga-bunga yang mengingatkan tentang dekatnya KEMATIAN itu,Allah....


Tiba-tiba hari ini terasa mahu men'update' blog,setelah sekian lama.Ditambah pula dengan kelemahan diri ini untuk mengingati password blog,terbukti diri ini memang seorang manusia,yang sering lupa :)


Tidak mahu untuk bercerita panjang hari ini,sekadar mahu berkongsi lirik nasyid dari kumpulan Hijjaz, Sebelum Mata Terlena. Mendengar nasyid ini,seakan-akan berbicara tentang diri sendiri,Allah,sungguh lemah diri ini sebagai seorang hamba.

 Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
 




~ TIADA GAMBAR MAMPU BERBICARA,HANYA PINJAMAN  KATA-KATA~

 
 

1 comment: