Saturday, January 14, 2012

~Inilah kehidupan~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad S.A.W..penghulu segala nabi.Semoga kita semua termasuk dalam kalangan umatnya yang akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.Sollu alannabiy!!

Alhamdulillah,lama sudah tidak singgah di sini sebenarnya.Selama ini,hanya sempat melihat sahabat-sahabat update blog-blog mereka dari jauh,sekadar membaca dan mengambil ibrah.Alhamdulillah,allah sentiasa masukkan diri ini dalam kalangan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi teguran dan nasihat kepada diri ini.Menjadi salah satu nikmat-nikmat Allah yang tidak mampu untuk manusia menghitungnya.bAgaimana mahu menghitung,sedangkan oksigen yang kita gunakan untuk bernafas sekarang pon adalah pinjaman dariNYA!
Subhanaallah,,,maka nikmat TuhanMU yang manakah yang kamu DUSTAKAN?( Surah  Ar-Rahman).



Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan.





Diri ini,sangat terkesan dengan satu nasyid yang dialunkan oleh kumpulan In-Team bergandingan dengan Nazrey Johani.Lagu tentang kehidupan.Yup,satu kehidupan  yang manusia sedang lalui sekarang.Kehidupan yang akan memandu kita ke akhirat.Sebagai pemandu,kita berhak dan perlu memilih jalan yang betol untuk sampai ke destinasi kita.Jika tersalah jalan,kelak akan tersesat.

Sepanjang kehidupan ana di Jordan(dah nak masuk 2 tahun),sangat banyak peristiwa yang berlaku.Pelbagai suka duka yang terzahir dan juga tersirat di hati dan sanubari.Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita,ada SESUATU yang Allah ingin beri.Yup,setiap kenikmatan yang kita dapat,adalah satu ujian,dan setiap kesusahan dan derita yang kita lalui juga adalah satu ujian.Alhamdulillah,alangkah kosongnya dan tidak bermaknanya hidup itu tanpa ujian daripada Allah.

  الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Yang menciptakan mati  dan hidup,untuk MENGUJI kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Mahaperkasa,Maha Pengampun."
 (Al-Mulk:2)


 Allah ciptakan kita di dunia ini,bukanlah untuk bersuka ria.Ada tugas yang belum kita selesaikan.

(أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ (115) فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (116  

"Maka apakah kamu mengira ,bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara MAIN-MAIN(sahaja),dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?Maka Maha tinggi Allah ,Raja yang sebenarnya,tidak ada Tuhan selain Dia.Tuhan (yang mempunyai) 'Arasy yang Mulia"

(Al-Mukminuun:115-116)

Setiap kali diri ini ditimpa pelbagai ujian dalam hidup,rasa sangat beruntung sebenarnya.Terasa Allah itu sangat DEKAT.Terasa Allah itu sememangnya tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNYA.Terasa Allah itu selalu menegur dan memberi kasih sayang dan cintaNYA sangat melimpah ruah,tidak jemu mengampunkan dosa-dosa hambanya yang sangat banyak!Faghfirli Ya Allah.

Yup,sememangnya,setiap manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan dan kesilapan dalam hidup,samada membuat kesalahan kepada manusia ataupun melakukan dosa kepada Allah.Kita,mungkin pernah tersilap dalam memilih jalan dalam hidup,terpesong sementara daripada landasan kehidupan Islam yang sebenarnya,lupa seketika pada  yang menciptakan kita.Tersungkur sementara dengan ujian-ujian yang menimpa.Rebah dan lumpuh.Akan tetapi,Allah tidak pernah salah dalam mengatur dan mentadbir seluruh kehidupan kita.Kita bukan sekadar harus PERCAYA dengan janji-janji Allah,bahkan perlu YAKIN.

   (وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (195

 "dan Infakkanlah (hartamu) di jalan Allah,dan janganlah kamu JATUHKAN (diri sendiri) ke dalam KEBINASAAN dengan tangan sendiri,dan BERBUAT BAIKLAH.Sungguh Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat baik"
(Al-Baqarah:195)

Bangkitlah daripada kesedihan,bangunlah daripada kelemahan,jangan mudah tersungkur dengan ujian,sesungguhnya Allah banyak mengajar kita untuk hidup lebih baik dan lebih beriman dengan turunnnya ujian-ujian dan teguran daripada Allah.Kadang-kadang,manusia tidak sedar.Ujian itu,adalah nikmat dan juga kaffarah dosa-dosa kita.Sangat beruntung Allah sentiasa ingat pada kita,sedangkan kita kadang-kadang lupa padaNYA! Jangan leka dan bertangguh untuk memohon ampunan kepada Allah.Malaikat Izrail tidak bertandang untuk mengambil nyawa kita dengan membuat appointment terlebih  dulu.Sememangnya kematian itu sangat dekat.


وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133) الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (134) وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (135) أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ (136)


"Dan BERSEGERALAH kamu mencari ampunan dari TuhanMU  dan mendapatkan  syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.(133).Iatu orang yang berinfak ,baik di waktu lapang ataupun di waktu yang sempit,,dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain,Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.(134).Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,segera MENGINGATI Allah,lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu,sedang mereka mengetahui.(135).Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya.Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal.(136)
(Al-Imran:133-136)

Kita hidup di dunia ini,untuk mencari bekal,dibawa ke akhirat.Sebaik-baik bekal adalah BEKALAN TAQWA.Dunia,merupakan ladang akhirat,kita bercucuk tanam di SINI,kita menuai di SANA.Baik yang kita tanam,maka baiklah apa yang kita tuai dan sebaliknya.Teruskan kehidupan yang masih berbaki dengan keimanan dan keyakinan pada Allah.Walaupun ada manusia yang berprasangka buruk dan menjauhi kita hanya dengan kesilapan-kesilapan yang kita pernah lakukan,akan tetapi,Allah tidak pernah meninggalkan kita dan menjauhi kita.Minta maaflah pada manusia dan maafkanlah orang sekeliling kita,berlapang dadalah dengan setiap apa yang berlaku setiap hari.Sentiasalah memohon keampunan kepada Allah.Setiap kehidupan yang kita lalui,baik ataupun buruk sesuatu perkara itu,ia adalah satu TARBIYAH dari Allah.Fastabiqul khairat! Kita tidak akan pernah rugi dalam bersabar.Bersabar dalam menghadapi ujian,bersabar dalam menahan diri daripada berbuat maksiat,bersabar dengan melakukan ketaatan kepada Allah.

Senyumlah dalam ujian,walaupun ia pahit untuk ditelan,mengapa harus mengeluh dan berputus asa dengan kehidupan?Hanya secebis sahaja kesusahan kita dibandingkan dengan kenikmatan.Sungguh kasih sayang Allah itu ada dalam setiap ujian, bahkan menjadi satu pengharapan buat kita sebagai hamba Tuhan,untuk kembali beriman!Ingatlah wahai insan,di sana nanti ada pertemuan dengan Tuhan,tidak mahukan kamu jumpa DIA dengan penuh kebaikan?Sungguh DIA juga menunggu dengan penuh keampunan dan keredhaan.



"Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami,dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti dan berbuat baik.Ya Allah,berikanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMU,dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat.Sungguh,engkau tidak pernah memingkiri janji.


Sahabat,maafkanlah diri ini jika ana ada membuat salah.Sudilah menjadi cermin bagi diri ana.

Ya Rabbi,enta maqssudi,wa ridhaka matlubi.


















3 comments:

  1. ya habibti..^__^

    andai tiada episod spt itu,apa mgkn kita mmanggil hidup kita ini sbg sbuah kehidupan..?

    like iffah said,kehidupan yg mgjr khidupan..

    *dari kamu ku bljr plbgai ksh hdup, yg akhirnya mberi nafas dlm hidupku ini..alhamdulillah^__~

    ReplyDelete
  2. habibti syahida,,yup,,sebuah kehidupan yang mengajar kehidupan untuk menemui satu lagi kehidupan di SANA :)

    syahida,,dari kamu, diri ini mencermin peribadi,,budi dan akhlakmu yang solehah,, brhrap agar tempias pada dri ini,,smoga cermin itu sentiasa ada,,wlpn sekarang hanya mampu melihat cermin itu dari jauh,:)

    ReplyDelete
  3. uhuk3..
    terbatuk daku disini..ngeh3..

    elah : siapalah kita tuk memilih bentuk ujian apakah yang kita nak..kan?

    thus, pandanglah setiap ujian itu sebagai bayang yg x kan lari dr kita tp bayang2 yg akan slalu n pasti menemani kita coz

    dunia tidak seindah yg diinginkan andai hidup tidak di uji..

    ala bizikrillahi tatmainnal qulub ^____~

    ReplyDelete