Sunday, February 20, 2011

Penat dengan mereka..

Aku penat dengan mereka,
yang tersalut dengan pelbagai karenah dunia,
macam-macam ada,
ada yang suka berdusta,
ada yang suka bermula-muka,
ada yang suka bermain dengan kata-kata,
ada yang cuba mengejar fitnah dunia,
aku penat dengan mereka.


Aku penat dengan mereka,
yang tidak peduli dengan masalah dunia,
tidak endah dengan akhirat di sana,
tidak mahu bermanis muka,apatah lagi bersua,
dengan mereka yang derita dengan masalah dunia,
tidak terkesan dengan amaran tuhanNYA,
tidak lembut hatinya dengan rahmat si Pencipta,
Aku penat dengan mereka,

Aku penat dengan mereka,
kedegilannya masih sama,
kejahilannya makin meningkat setangga,
enggan terima apa yang dikata,
hati menolak hidayah yang diberi percuma,
siapa lagi yang Maha Mengasihani melainkan DIA?
yang sayang akan hamba-hambA yang lupa padaNYA,
tapi awas pada mereka,
jangan sampai DIA membuatkan mereka lupa pada diri mereka,
kerna mereka lupa pada yang mencipta,


Aku penat dengan mereka,
yang sering menuduh tidak tentu hala,
yang sering berkata nista,
tanpa mengetahui asal usul yang dikata,
tidak ingat dengan ingatan Yang Esa,
ibarat makan daging yang busuk lagi meloyakan rasa,
tidak husnuzzan dengan sesama saudara,
bertindak membabi buta,
sungguh aku terpaksa berkasar bahasa,
kerana aku penat dengan mereka,
tapi,aku akur dengan si Pencipta,
jangan kamu penat dengan mengingatkan manusia,
bukankah kekasihNYA Muhammad s.a.w telah berjaya?
jangan kamu rasa tidak berdaya,
Wahai Si pENCIPTA dunia yang penuh bertipu daya,
dan juga akhirat yang penuh dengan nikmat yang tak terhingga,
berikanlah aku kesabaran dalam menghadapi manusia,
sepertimana kau telah berikan kepada Musa,Yusuf dan rasul-rasulMU yang mulia,
cintailah aku sebagaimana kau cintai mereka,
maafkan aku wahai manusia,
kerana aku pernah penat dengan kamu semua,
tapi apakan daya,
kerana aku juga MANUSIA,,

No comments:

Post a Comment