Saturday, December 25, 2010

Hati-hati menjaga hati


Alhamdulillah,akhirnya dapat juga curi-curi masa untuk bersiaran buat kali ini.Segala puji bagi Allah yang mengatur kehidupan manusia dengan sebaik-baiknya.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh:)
Apa khabar semua??Semoga iman dan jasad kita berada dalam kesihatan yang baik dan terjaga.Bagi yang sakit dalam badan,sila berjumpa doktor-doktor di hospital,dan bagi yang sakit dalam hati,sila menghadap Pencipta segala hati:)Tetapi sejauh manakah kita mengenali penyakit yang ada dalam hati kita itu??Adakah penyakit hati itu dapat dilihat dengan cara X-ray?Semestinya tidak!Hati itu ibarat raja di dalam sebuah negeri,Hati juga yang memerintahkan seluruh anggota badan supaya bertindak sesudah mendapat arahan.

Saudara-saudaraku,tidak seorang pon daripada kita yang keluar dari rumahnya dalam keadaan orang lain tidak senang melihatnya.Yakni tidak mungkin ada daripada kalangan kita yang keluar dari rumah sebelum mencuci mukanya dan memakai pakaian yang cantik-cantik dan bersih.Mungkin salah seorang daripada kita apabila keluar dari jalanan dan tiba-tiba ada sebuah kereta yang meluncur laju di tepi lopak yang kotor sehingga terkena di baju pejalan itu,mungkin dia akan berpatah balik ke rumahnya dan memebersihkan dirinya.Ini adalah bandingan bagi sesuatu yang dilihat dan diambil kira oleh manusia.Bagaimana tempat yang dilihat oleh Ar-Rahman SWT?Sesungguhnya Allah tidak pernah melihat kepada rupa paras dan luaran fizikal kamu akan tetapi DIA melihat ke dalam hati kamu.Sekiranya salah seorang daripada kalangan kita merasai perasaan ini setiap hari.Berapah nilai pandangan Allah SWT terhadap dirinya?nescaya DIA akn menyiapkan dirinya sebagaimana dia menyiapkan pakaiannya.wajahnya sebagaimana dia mahu berjumpa dengan manusia-manusia lain.Bahkan lebih baik daripada ini lagi.

Memadaikah bagi kita jika kita menyamakan pandangan makhluk dengan pandangan Pencipta?Berkata Saidina Ali bin Abi Talib,"Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati.Hati adalah tempat turunnya rahmat dan mengandungi ilmu pengetahuan"

Para ulamak membahagikan hati kepada empat bahagian:

1)Hati yang tercemar dengan kekotoran.

2)Hati yang pecah.

3)Hati yang tertutup.

4)Hati yang suci.

Seperti bekas kaca.Bekas kaca yang pertama merupakan yang di dalamnya sangat kotor dan terdapat lumut-lumut yang melekat adalah perumpamaan bagi hati yang di dalamnya terdapat kekotoran dan najis.Seperti hati yang terdapat di dalamnya sombong,bohong,hasad,dengi,dan sebagainya.Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini,tercemarlah rahmat tersebut kerana kekotoran yang ada di dalam hati itu.Sebagaimana firman Allah SWT,"Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya itu sebagai Tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka".Ilmu tetap masuk,akan tetapi,setitis dakwat yang hitam daripada hawa nafsu,dapat mencemarkan selautan ilmu.

Bagi hati yang pecah ,seperti hati manusia yang terus-terusan melakukan maksiat iatu setiap kali dia melakukan kedbaikan,dia akan susuli dengan melakukan maksiat selepas itu.Hadir majlis yang mulia,tetapi bila keluar sahaja dari majlis itu,terus mengumpat orang saudara sendiri.Selepas memegang biji tasbih,berzikir ataupun solat dua rakaat,terus buka televisyen dan menonton adegan-adegan yang diharamkan tanpa ada perasaan takut dan malu pada Allah.Maka tidak sempat pon rahmat itu kekal dalam hati,melainkan ia keluar laju.Umpama bekas yang retak dan dituang lagi dengan air panas.

Begitu juga dengan bekas yang tertutup rapat,sebanyak manapun air dicurah ke dalamnya,air itu tidak dapat masuk dan tercurah keluar.Umpama hatinya yang terkunci.sebanyak manapun rahmat daan hidayah Allah yang diberiakn kepadanya,malangya masih tidak daapat menembusi dan meneroboh hati yang tertutup rapat itu.Ini adalah contoh bagi hati yang suka membangkang.Menentang Allah,orang-orang soleh dan para ulamak.Apabila dia menghadiri sesuatu majlis yang baik,dia akan mencari kesalahan orang,dia menderhaka kepada ibu bapa,memutuskan hubungan silaturrahim,Ini semua adalah antara perkara-perkara yang menutup hati.Tidak dapat dimasuki rahmat.

Adapun hati yang keempat,ana berharap ia merupakan hati sayas dan hati kamu semua,insyaallah.Hati yang bersih,suci dan redha.Hati yang penuh dengan kebaikan dan rahmat Allah.Iatu umpama sebuah bekas yang bersih daripada segala kekotoran dan apabila dituangkan air,ia kelihatan sangat jernih.
Allh berfirman,"Pada hari kiamat,sudah tidak berguna lagi harta benda,anak pinak kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera."(As-Syura,88-89)

Ramai orang,apabila mendengar ataupun membaca perbicaraan tentang hati,terkesan.
Tetapi,soalan masyhur adalah,"Apakah ubatnya?Apa aku nak buat?Aku tahu hati aku ini rosak dan kotor dan aku tahu hatiku memang begini." Satu perkara yang dapat kita ambil ialah mengenal penyakit.Seorang doktor hanya dapat memberi ubat dan merawat seorang pesakit hanya apabila dia mengetahui keadaan da penyakit pesakit itu..Semoga kita putihkan semula warna-warna hitam yang menyelubungi dan menggelapkan hati-hati kita.

Nabi s.a.w bersabda :

إن المؤمن إذا أذنب ذنباً كانت نكتة سوداءُ في قلبه ، فإذا تاب ، ونزع ، واستغفر صقل قلبه منها ، وإذا زاد زادت حتى يغلف قلبه ، فذلك الران الذي ذكره الله في كتابه ( كلابل وان على قلوبهم ما كانوا يكسبون ) المطففين 14

Ertinya : Sesungguhnya seorang mukmin itu, adalah apabila dia melakukan dosa, maka wujudlah satu titik hitam di hatinya, maka apabila dia taubat, hilanglah titik hitam itu dan licinlah hatinya semula, namun apabila ditambah dosanya, semakin tertutuplah hatinya, maka itulah karat yang disebut oleh Allah di dalam KitabNya ( Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibn Hibban & Al-Hakim; Hasan menurut Tirmidzi, Sohih menurut Ib Hibban; Al-Hakim menilai sohih dan dipersetujui Az-Zahabi atas syarat Muslim )

Wednesday, December 15, 2010

Telah ku pilih JALAN itu..





The Road You Are Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost

Hurm..teringat masa belajar poem ni masa kat sekolah..masa tu,tak rasa ape-ape.Just belajar dan dengar teacher bersyarah tentang maksud tersurat dan tersirat tentang poem ni,Tapi sekarang tiba-tiba je rasa boleh memahami perasaan Robert Frost,,huhu.
Sememangnya dalam hidup ni,banyak yang kita perlu membuat pilihan,samada nak jadi baik atau jahat dan sebagainya,sebab tu la allah ciptakan syurga dan neraka.Hurm,semoga allah permudahkan segala urusan ana di dunia dan di akhirat,
ANTA MAQSUDI WARIDHAKA MATLUBI, YA RABB...

"dan tuhanmu menciptakan dan memilih apa-apa yang DIA kehendaki,bagi mereka(manusia) tidak ada pilihan,Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dan apa yang mereka persekutukan~Al-Qasas:68~

"bukankah Dia Allah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila Dia berdoa kepadaNYA,dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu manusia sebagai khalifah di muka bumi?Adakah di samping Allh ada tuhan yang lain?Sedikit sekali nikmat Allh yang kamu ingat"~An-Naml:62

Rasa lega apabila dapat membaca ayat-ayat cinta dariNYA tatkala hati ini resah dan gelisah,rasa hilang arah,mujurlah ada DIA yang tidak pernah rasa lelah mendengar rintihan diri ini yang sangat hina dan lemah..

Monday, December 13, 2010

Subhanaallah!!




Alhamdulillah..allah masih bagi lagi nikmat hidup iman dan islam kepada ana,tatkala saat ini,dan setiap detik,masa dan jam,bahkan setiap hari,ada manusia-manusia di luar sana dijemput menghadap raja segala raja,bagi mempersembahkan amalan-amalandan hadiah sepanjang persinggahan kita buat sementara waktu di dunia.Semoga kita semua termasuk ana dipanggil menghadapNYA dalam keadaan husnul khatimah.Nak dengar cerita tak??Takpelah kalau tak nak pon,kui3,ana nak cerita jugak.Hari ini telah terpahat dalam sejarah hidup ana ..Allah bagi peluang bermain dengan salji:),sesuatu yang tidak pernah terlintas di sanubari..macam mimpi je..hehe.Yerla kalu dulu boleh tengok orang main salji dalam drama Winter Sonata je,takpon tengok dalam newspaper,ruangan 'Sampaikan Salam dari Perantauan',huhu,memang kempunan nak main salji masa tu,jeles,haha.Rasa macam best je kalau buat ABC dengan salji tu,ngehee.Tatkala ana asyik bermain salji bersama sahabat-sahabat seperjuangan di Universiti Jordan,tiba-tiba diri ini berasa sangat takjub,subhanaallah sungguh indah ciptaan Allah itu,salji yang putih suci itu sangat mermikat hati,,diri ini terus berfikir,bagaimana salji itu terjadi??Nak tahu??
Salji ialah dalam bentuk kristal ais cair, mengandungi multitud kepingan salji. Walaupun ia dibuat daripada partikel yang kasar dan kecil, ia merupakan bahan berbutir. Ia ada tempat pembukaan yang berstruktur lembut, kecuali diletakkan di bawah tekanan yang luaran.
Salji dibentuk biasanya apabila wap air melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 °C dan kemudian jatuh semula ke bumi. Ia juga boleh dibuat dengan embun beku yang jatuh dari permukaan yang ia dibentuk, atau parikel kabus beku yang jatuh dibentuk apabila kelembapan pada permukaan udara mula membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah. Salji kurang padat berbanding dengan air hujan yang bermaksud jumlah lembapan yang sekata akan menghasilkan salji dengan isipadu yang lebih banyak, kemudian barulah hujan. Satu peraturan adalah bahawa air dalam lapan unit salji bersamaan dengan satu unit hujan.
Masyaallah betapa hebatnya kuasa allah itu.Jom hayati jap lagu Opened Your Eyes oleh Maher Zain.

Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..




Apabila menghayati lirik lagu ini,teringat pada salah satu ayat-ayat cinta dari KEKASIHKU,"sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam,terdapat tanda-tanda(KEBESARAN ALLAH)bagi ORANG-ORANG YANG BERAKAL.
(iatu)orang-0rang yang MENGINGATI ALLAH sambil BERDIRI,DUDUK atau dalam keadaan BERBARING,dan mereka MEMIKIRKAN tentang PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI sambil berkata
"YA TUHAN KAMI,TIDAKLAH ENGKAU MENJADIKAN SEMUA INI SIA-SIA.MAHA SUCI ENGKAU,LINDUNGILAH KAMI DARI AZAB API NERAKA"
~surah al-Imran 190-191~

p/s:semoga kita mengambil ibrah dan manfaat dari setiap detik dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim yang beriman,tidak semua orang muslim itu beriman,tetapi setiap orang yang beriman itu adalah muslim:)
Jumpa lagi pada siaran akan datang,insyaallah

Saturday, December 11, 2010

Ting Tong!

Assalamualaikum.Anda bosan??Jom hayati petikan syair Imam as-Shafie oleh Hamid ad-Dabghan..^_^... hayatilah dengan mata hati,barulah turun ke sanubari,supaya anda mengerti,apa yang tersirat di sebalik suratan ilahi..

Biarkan masa berlaku semahunya

Murnikan jiwa tatkala berlaku ketentuan

Bersabarlah dengan musibah semalam

Musibah dunia ini bukanlah selamanya

Teguhlah menghadapi segala kesengsaraan

Dan lagakmu penuh toleransi dan ketulusan

Sekalipun banyak kekuranganmu pada manusia

Maka rahsiamu menjadikannya tersirat

Tabirkanlah dengan kedermawanan

Maka segala kekurangan menutupinya

Sepertimana dikatakan dermawan"biarkan masa berlaku semahunya"

Jangan mengharapkan balasan dari si bakhil

Tiadalah di neraka itu air buat yang kehausan

Rezekimu walaupun lambat pasti tidak berkurangan

Juga tidak bertambah sekalipun ditekuni

Bukanlah kesedihan itu selamanya begitu juga kegembiraan,

Mahupun kesengsaraan dan juga kesenangan

Jika kau miliki hati yang berpada

nescaya kau akan setanding si pemilik dunia

Sesiapa yang disapa dengan ajal

Tiadalah langit dan bumi dapat melindunginya

Bumi ALLAH itu luas terbentang,

Tetapi apabila tiba ketentuannya sempitlah kelapangan

Tuesday, December 7, 2010

LUAR BIASAKAH KAMU??











Bismillahhirrahmanirrahim,
apa khabar orang-orang yang luar biasa??keif halukum??ni hao ma??how are you??
fauqa mumtaz??hehe.Soalan cepu cemas pada hari ni,,luar biasakah kamu??Saya tolong jawab,"Ya,saya seorang yang LUAR BIASA!,kerana saya mahu masuk syurga yang sememangnya LUAR BIASA dan bukannya biasa-biasa dan diciptakan hanya untuk orang yang LUAR BIASA yang sanggup hidup dalam dunia yang biasa tapi mencipta kehidupan yang LUAR BIASA yang orang biasa tidak mampu untuk melakukannya melainkan orang yang LUAR BIASA,:).Tidakkah anda merasakan anda orang yang LUAR BIASA??Dari manakah asalnya anda??Dari teori CHARLES DARWIN kah??Sememangnya TIDAK!Jadi siapa anda??Sekali lagi saya jawab,,hehe,"Saya dan kamu semua daripada keturunan Nabi Adam Alaihissalam.",luar biasa bukan??Masih berasa kamu hanya orang yang biasa??Masih ingatkah kita semasa belajar tentang pembentukan janin?Sewaktu persetubuhan berjuta-juta sperma dipancutkan kedalam faraj, dekat dengan persekiataran servik yang beralkali. Kebanyakan sperma 'berenang' pada arah yang salah, lain-lainnya terbunuh oleh keadaan berasid dalam faraj / vagina. Manakala yang lainnya terperangkap dalam lipatan dinding-dinding faraj,
Sperma yang berjaya melalui terus servik dibawa kearah tube fallopio secara alami melalui tindakan otot-otot pada uterus.
Persenyawaan berlaku dalam tube fallopio. Sperma pertama yang berjaya menembusi telur membebaskan satu bahan kimia yang memusnahkan semua sperma-sperma lain yang melekat disekitar zona pellucida.
Sebaik sahaja telur itu ditembusi oleh satu sperma, dengan serentak tindak balas kimia menghalang sperma lain daripada memasuki telur itu.Nah!Sememangnya anda seorang yang luar biasa kerana mampu menewaskan sperma-sperma lain dan meneruskan perjuangan sehingga mnjadi seorang manusia,biiznillaH.
Persoalan seterusnya,bagaimana untuk menjadi orang yang luar biasa?Saya jawab buat terakhir kali(dah memang tAkde orang nak jawab.hehe).."Jauhi maksiat"

Maksiat itu terbahagi kepada dua iatu,maksiat zahir dan maksiat batin,

Maksiat Zahir

IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua.

Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh. Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulah Nabi SAW bersabda,

“Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya.”

Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya.

Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada perlakuan maksiat, ia telah menyalahi fitrah kejadiannya sendiri. Di waktu inilah seseorang itu menjadi kufur terhadap nikmat Allah.

Oleh itu, hendaklah setiap individu muslim menjaga sungguh-sungguh seluruh anggota badannya terutamanya anggota yang tujuh iaitu memelihara MATA, TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN, TANGAN dan KAKI. Ini kerana neraka Jahannam itu terdiri dari tujuh pintu dan tidak terhumban ke dalamnya anak Adam melainkan maksiat anggota yang tujuh itu.

Mata yang dianugerahkan Allah untuk melihat dan memimpin anggota tubuh yang lain wajib dielakkan dari melihat empat perkara. Peliharalah mata dari melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan, melihat gadis remaja dengan iringan syahwat, melihat kepada sesama muslim dengan pandangan yang menghinakan dan melihat segala keaiban orang lain.

Telinga yang berfungsi untuk mendengar sesuatu harus dicegah dari mendengar segala perkataan bid’ah yang menyimpang dari ajaran agama, mendengar umpat-mengumpat dan kata-mengata, mendengar perkataan yang keji dan juga mendengar perkataan yang batil dan sia-sia.

Lidah diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah ia digunakan mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng dengan menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda, mengumpat, menfitnah, bertengkar dan mengucapkan segala perkataan kotor. Rasulullah SAW bersabda,

” Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat munafik.”

Tetapi dalam keadaan tertentu kita harus berdusta, misalnya untuk mendamaikan dua orang yang berkelahi atau suami-isteri yang bergaduh, yang mana tidak mungkin mereka dapat didamaikan kecuali dengan berdusta. Begitu juga dengan mengumpat. Mengumpat dibenarkan jika membawa maslahah (kebaikan) yang meliputi pada enam keadaan :-

-Mendedahkan kejahatan penjenayah supaya dihukum pemerintah atau mendedahkan kezaliman pemerintah supaya dihukum oleh rakyat.

-Mendedahkan perbuatan mungkar seseorang supaya dia meninggalkan maksiat tersebut.

-Mendedahkan kezaliman seseorang untuk menuntut hak dan keadilan.

-Mendedahkan kefasikan dan kezaliman seseorang kepada orang yang belum mengetahuinya bagi mengelakkanmereka bersahabat dengan si fasiq atau si zalim itu.

-Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali melainkan dengan menyebut keaiban yang ada pada dirinya.

-Menyebut akan sifat keji orang yang masyhur dengan kezaliman, kefasikan atau kejahatannya.

Selain dari enam situasi di atas, kita dilarang sama sekali dari mengumpat walau apa yang dikata itu ada kebenarannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda,

“Jangan mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain. Adakah sebahagian kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu benci.”

Perut pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah (tidak jelas antara yang halal dan haram). Ini kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging. Rasulullah SAW bersabda,

” Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih utama untuknya.”

Rasulullah SAW turut bersabda lagi,

” Ibadat dan ilmu yang disertai dengan memakan rezeki yang haram seperti membina rumah di atas himpunan najis.”

Seterusnya, Imam Ghazali mengingatkan kita agar menjaga kemaluan dari segala yang diharamkan ke atasnya oleh Allah. Hendaklah ia dipelihara sebagai mana firman Allah,

” Dan mereka yang memelihara akan kemaluan mereka melainkan ke atas isteri mereka atau ke atas hamba sahaya mereka, meka sesungguhnya mereka tiada dicela.”

Tangan turut harus dijaga dengan sebaik-baiknya dari memalukan dan menjatuhkan maruah sesama Islam. Ia juga janganlah digunakan untuk mencapai tujuan yang jahat atau menyuruh berbuat yang haram.

Manakala kedua kaki pula hendaklah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat maksiat yang ditegah oleh syarak. Dan juga kedua kaki itu hendaklah dikawal dari menghadap pemerintah yang zalim tanpa sebarang keadaan darurat yang mendesak. Begitulah nasihat Imam Ghazali didalam kitabnya yang agung, ‘ Bidayatul Hidayah.’

Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota tersebut akan memberi kesaksian di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ya-Siin, ” Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.


Maksiat Batin

Apabila disebut sahaja maksiat, kita tahu bahawa ia merupakan suatu perkara
yang dimurkai ALLAH s.w.t. Kita menyedari apabila kita dan orang lain
melakukan maksiat. Tetapi kita selalu hanya sedar maksiat itu dari sudut
maksiat zahir sahaja. Kita selalu alpa terhadap maksiat-maksiat batin yang
kita lakukan yang ianya boleh membahayakan diri kita sendiri.

Maksiat Batin merupakan maksiat yang berlaku kerana perlakuan atau tabiat
hati dan jiwa manusia. Ahli-ahli sufi menjadikan maksiat-maksiat batin ini
sebagai musuh dan serangannya.
Di antara maksiat-maksiat batin ini adalah:-

1 . Tamak.
2 . Marah.
3 . Hasad Dengki.
4 . Bakhil.
5 . Takbur.
6 . Hairan pada diri sendiri.
7 . Riak.
8 . Cintakan dunia.
9 . Cintakan kemegahan.
10. Sifat lain yang setara dengannya.

Perkara ini juga disebut sebagai penyakit hati yang wajib bagi setiap
individu muslim berusaha menghapuskannya demi kesejahteraan dunia dan
akhirat.

Firman ALLAH dalam surah As-Syams Ayat 9-10

Maksudnya:-

“Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya
(lahir dan batin). Dan benar-benar rugi (menyesal) orang yang mengotori
dirinya.”

Wallahu a’lam..