“Segala puji bagi Engkau, duhai Tuhan semesta alam. Aku banyak berdosa kepadaMu dan aku tidak memiliki alasan untuk berdalih daripada dosa-dosaku. Apapun yang aku derita saat ini semata-mata kerana kecintaanMu kepadaku yang berusaha menyedarkan diriku daripada kesalahan-kesalahanku. Tuhanku, aku adalah milikMu, lakukanlah apa sahaja seperti yang Engkau kehendaki. Aku lebih suka saat ini kerana kelelahanku telah mengingatkan aku kepadaMu. Maafkan aku, maafkan aku duhai Tuhanku. Engkau adalah Tuhan Yang Maha Baik dan aku percaya kepadaMu dengan segenap hatiku. Engkau takkan pernah kutukar dengan apapun dari nikmat dunia ini. Selamatkan aku dari dunia dan akhirat.”
kdgkala kita senyum skdr utk mnutup luka d hati & kdgkala kita ktwa hnya utk mgubati ksdihan dlm diri,
adakalanya kita mlgkah dgn pnuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah,
bila mnangis tak siapa tahu,.
walau siapa pun kita, d mana kita berada...
langit tetap d junjung,tanah d pijak rapi,
slagi kita hidup, langkah mesti d teruskan,
jgn skali2 kesal dgn nasib diri,
krn kita adlh sebahagian dr makhluk Allah y sdg d uji...
ku doakanmu wahai sahabatku y setia, walau resah dlm kepungan ujianNya,walau lena dlm ketenangan drNya,
moga terus beradu dlm ketaatn mlaksanakan ibadah pd y Satu,.
mdh2an diri ini mampu mgiringimu dlm redha illahi..
berilah khbr gmbira kpd org2 y beriman...bhw kurnia y besar dr Tuhan sdg menanti mrk....
~qum faanzzir!!~
“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [al-Ghasyiah 88: 21-22]
Saturday, October 30, 2010
Thursday, October 28, 2010
hadiah disebalik ujian.
Dalam mencapai darjat taqwa, manusia mempertaruhkan seluruh kehidupannya
Mengorbankan seluruh jiwa dan perasaannya
Namun sebesar mana pengorbanan y d lakukan
sikit pun tak mampu d bandingkan dgn segala yang Allah kurniakan pada manusia
Walau hanya dgn sedikit pengorbanan itu
Walau hanya dgn sedikit perasaan y terguris tatkala d jalanNya
Semua itu sudah cukup menyakitkan dan menggoyahkan hati seorang yang bergelar hamba
Kerana hamba itu tidak akn pernah punya kekuatan
Selain dari kekuatan y d kurnia oleh Allah
Namun kerana kasih y sudah mula bercambah dlm hati
Maka si hamba sanggup bertahan
Walau ada tikanya hati si hamba goyah
Hati si hamba tak kuat
Si hamba masih terus cuba utk berdiri
Walau harus mulakan semula
Mula dari bertatih d usia y sudah senja
Allah
Hakikatnya diri ini tiada apa2 pun utk d jadikan kekuatan
Tiada sedikit pun kudrat melainkan kudrat y Kau berikan
segala kemanisan dan kelazatan dunia mula d cabut perlahan2
agar manusia beransur2 beralih kpd kelazatan rohaniah
satu persatu kesayangan kita d ambil
maka usah berpaling drpd Allah!

Wednesday, October 27, 2010
syurga hanya untuk orang-orang yang hebat!!!
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya
Berjuang tak pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga
selamat berjuang sahabatku:)
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya
Berjuang tak pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga
selamat berjuang sahabatku:)
Monday, October 18, 2010
islamophobia muslim....
Kenapa orang bukan Islam sangat sukar untuk memahami Islam?” tanyanya pemuda itu dengan nada kesal.
“Sebab orang Islam sendiri gagal memahamkan mereka,” jawab saya perlahan.
“Kenapa orang Islam gagal memahamkan bukan Islam tentang Islam?”
“Sebab orang Islam sendiri tidak faham Islam!”
“Apa bukti kata-kata awak ni?”
“Buktinya jelas. Lihat sahaja dalam realitinya, apakah masyarakat Islam pada hari ini selamat dan menyelamatkan.”
“Kenapa ke situ pula arah percakapan awak?”
“Sebab Islam itu bererti selamat. Bukan sahaja selamat bahkan mampu menyelamatkan. Maka sudah tentulah secara logiknya umat Islam adalah umat yang paling selamat dan dapat menyelamatkan orang lain.”
“Tetapi realitinya tidak begitu kan?”
“Awak boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Kita mundur di semua sudut, samada rohani mahupun jasmani.”
“Maksud awak di dunia antarabangsa?”
“Tak payah. Lihat sahaja di negara kita. Siapa yang terlibat dalam gejala sosial? Siapa yang paling ramai di Pusat Serenti? Siapa yang ketinggalan di bidang ekonomi? Ya, bangsa Melayu Islam,” kata saya.
“Awak jangan silap, kelemahan umat Islam bukan bererti kelemahan Islam.”
“Benar. Tetapi umat Islamlah yang menyebabkan berlakunya Islamophobia. Umat Islam yang tidak amalkan Islam secara sepenuh dan menyeluruh,”balas saya.
“Musuh ambil kesempatan memburuk-burukan Islam atas kelemahan umat Islam. Mereka yang salah.”
“Jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri membuka peluang untuk diperlakukan demikian.”
“Jadi, bagaimana nak atasi Islamophobia?”
“Di kalangan siapa, umat Islam atau bukan Islam?” bidas saya.
“Tentulah di kalangan bukan Islam. Contohnya, Barat merekalah yang menuduh kita mundur, ganas, berpecah-belah dan militan.”
“Bagi saya kita perlu laksanakan strategi serampang dua mata.”
“Macam mana pula tu?”
“Kita perlu perjelaskan dan amalkan Islam yang sebenar di kalangan umat Islam. Itu yang penting.”
“Bagaimana dengan bukan Islam?”
“Insya-Allah umat Islam yang faham Islam dan mengamalkannya merupakan hujah yang kuat untuk menolak Islamophobia.”
“Kenapa?”
“Selamanya manusia mempercayai matanya daripada telinga. Actions speaks louder than word.”
“Eh, tak faham pula saya.”
“Kita mesti amalkan Islam yang boleh dilihat. Bukan sahaja cakap-cakap tentang Islam yang hanya enak didengar.
“Apakah amalan Islam kita sekarang belum cukup?”
“Belum cukup dan belum sempurna,” kata saya lagi.
“Jangan ekstrim. Berpada-padalah. Bersederhana.”
“Kita belum amalkan Islam yang sedehana. Kita masih di bawah paras sederhana.”
“Awak ni… Buar betul. Ukuran mana yang awak pakai?”
“Siapakah yang paling sederhana mengamalkan Islam?”
Pemuda itu terdiam.
“Role model individu yang paling sederhana mengamalkan Islam ialah Rasulullah s.a.w. Bagindalah yang pernah bersabda, sebaik-baik urusan adalah yang pertengahan. Justeru, bagindalah orang pertama mengamalkan apa yang diperkatakannya.”
“Ikut Nabi… susahlah.”
“Bagindalah ikutan dalam kita mengamalkan kesederhanaan Islam. Bagindalah Quran hidup yang mengamalkan prinsip-prinsip kesederhanaan dalam Al Quran.”
“Maksud awak konsep wasatiyah?”
“Wasatiyah dalam seluruh sistem hidup. Daripada persoalan ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Yang merangkumi soal akidah, syariah dan akhlak.”
“Siapa yang mampu buat begitu?”
“Para sahabat, salafussoleh dan orang-orang mukmin daripada dahulu sehingga sekarang. Mereka adalah golongan sederhana yang mengikuti Rasulullah saw, insan yang paling sederhana.”
Melihat dia diam, saya menambah lagi, “lihat bagaimana iman, solat, ekonomi, ketenteraan dan seluruh cara hidup mereka. Itulah model kesederhanaan yang direhai Allah. Selain itu masih dikira ekstrim, samada ekstrim yang liberal atau ekstrim yang fanatik.”
“Bagi saya sedehana itu adalah mengamalkan Islam yang tidak menimbulkan ketakutan dan keresahan. Kita dilihat mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang majmuk dan pelbagai.”
“Saya setuju dengan pandangan awak. Lihat apa yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. Baginda mampu menghadapi dan menangani cabaran masyarakat majmuk di Madinah.”
“Kita perlu diplomasi.”
“Diplomasi yang tidak menggadaikan hukum dan peraturan Allah.”
“Contohnya?”
“Apabila kita makan, kita memilih yang halal, menolak yang haram dan syubhat. Itu sederhana. Bila kita berpakaian, kita menolak pakaian mendedahkan aurat, itu sederhana. Bila berekonomi, kita menolak riba dan penzaliman. Itu sederhana. Apabila…”
“Cukup-cukup. Itu semua berlaku di kalangan umat Islam bukan? Bukan itu sasaran saya. Sasaran saya ialah Islamophobia di kalangan bukan Islam.”
Saya hampir menggeleng-gelengkan kepala. Betapa sukar untuk meyakinkan bahawa Islamophobia di kalangan bukan Islam boleh diatasi jika kita berusaha mengatasi Islamophobia dikalangan umat Islam sendiri.
“Cuba awak fokus sedikit kepada bukan Islam.”
“Ya. Saya teringat apa yang dinukilkan oleh Dr Yusuf Al Qardhawi mengenai ucapan seorang intelektual yang baru memeluk Islam…”
“Ya, itulah yang saya nak dengar!”
“Kata intelektual itu, subhanallah yang mengenalkan aku kepada Islam terlebih dahulu sebelum aku mengenal orang Islam.”
“Pelik bunyinya?”
“Tak pelik sebenarnya. Maksudnya, mujur dia memahami ajaran Islam yang begitu indah, sempurna dan praktikal secara ilmiah terlebih dahulu. Hingga dengan itu hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Justeru, sekiranya dia terlebih dahulu mengenal perangai dan sikap orang Islam yang buruk, maka dia tidak akan tergerak untuk memeluk Islam. Maka dia memuji Allah atas rahmat itu!”
“Tetapi ramai juga orang yang tertarik kepada Islam kerana umat Islam betul tak?”
“Betul. Tetapi umat Islam yang bagaimana? Tentulah umat Islam yang mengamalkan Islam.”
“Hish, fokus awak masih kepada orang Islam. Itu bukan sasaran saya.”
“Saudara, memang benar kita akan ditanya oleh Allah mengapa tidak berdakwah yakni memberi penjelasan tentang Islam yang sebenar kepada bukan Islam… tetapi Allah tentunya akan lebih bertanya kepada kita apakah kita telah amalkan Islam yang telah kita akui kebenaran dan kesempurnaannya ini. Bukankah kita bertanggung jawab menyelamatkan diri kita dan keluarga kita daripada api neraka terlebih dahulu? Bukankah motto dakwah kita adalah perbaiki diri dan serulah orang lain?”
Dia terdiam.
“Jadi awak enggan berusaha mengatasi Islamophobia dikalangan bukan Islam?”
“Saya menyokong. Fitnah yang melanda Islam dan umat ini perlu ditangani dengan serius. Ia satu dakwah dan jihad yang utama.”
“Tetapi awak macam skeptik sahaja…”
“Bukan begitu. Saya merasa kita perlu juga baiki dan sempurnakan kefahaman dan amalan Islam dikalangan umat Islam, sekaligus kita perjelaskan Islam yang kita fahami dan amalkan itu kepada bukan Islam. Mari kita amalkan cara hidup Islam yang syumul tanpa memilih-milih mengikut hawa nafsu kita.”
“Mengikut nafsu?”
“Ya, kekadang yang ada yang sesuai kita ikut. Tetapi ada yang kita rasa tidak sesuai kita pinggirkan. Saya teringat ancaman Allah dalam Al Quran tentang golongan yang beriman dengan sebahagian isi kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain. Mereka itu dijanjikan dengan kehinaan ketika hidup di dunia dan akan dilemparkan ke neraka.”
“Awak mengancam.”
“Tidak, ini mengingatkan kerana kasih-sayang. Saya pun lemah. Tetapi jika kita sama-sama berusaha, kita akan saling kuat menguatkan.”
“Kalau begitu, boleh tak kita jangan bercakap tentang neraka?”
“Mengapa?”
“Itu menakutkan. Kita bincang soal yang harmoni.”
“Saya tidak faham apa yang awak maksudkan dengan ajaran Islam yang harmoni. Tetapi soal neraka dan syurga ini adalah soal iman. Ia adalah perkara pertama dan utama yang ditekankan oleh nabi Muhammad saw di peringkat awal perjuangannya.”
“Awak menakutkan orang bukan Islam.”
“Maaf saudara, saya sedang berhadapan dengan saudara… orang Islam. Kita perlu bercakap soal iman, kerana tanpa Iman, Islam akan hanya ada di fikiran dan lisan bukan di hati dan amalan.”
“Bukan begitu, tapi soal ini perlu dikemudiankan…”
Saya terdiam. Oh, betapa ramainya orang Islam yang mengukur kesederhanaan Islam mengikut ‘kesederhanaan’ nafsu. Bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman Islam oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya yang merujuk kepada kesederhanaan wahyu!
http://genta-rasa.com/2010/10/09/islamophobia-muslim/

Sunday, October 17, 2010
testing2
blog masih dalam pembikinan semula slps bbrpa bulan ana lupa pswd..heee
insyaallah khair:)
rabbi yassir ala kulli hal..
insyaallah khair:)
rabbi yassir ala kulli hal..
Subscribe to:
Posts (Atom)