Tuesday, July 26, 2011

~mOGA tERUBAt riNduku!~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,hari ni.27 Julai 2011,ada 4 hari lagi nak tetamu itu akan datang berziarah walau cuma sebulan,sungguh rasa tidak sabar mahu menyambutnya!Kali nie,first time tak sambut Ramadhan kat tempat sendiri,huhu.Terbayang-bayang masjid Muhammadi.Rindu nak pergi masjid dengan abah n umie.Masa subuh pulak,ikut abah solat n p dengar ceramah.Arghh,sakitnya perasaan rindu itu.
Memang tiap-tiap hari rasa tak jemu tengok kalendar kat phone.Rasa masa sangat lambat berlalu.Cepatla RAMADHAN datang,tak sabar nak pergi masjid,dah tak mampu nak tahan rasa rindu ni.Masa ni je boleh pergi masjid,kalau tak,asyik tutup je masjid tu untuk perempuan,sobs3,,sedih betol.
Tadi terbaca artikel iluvislam.Tibe-tibe je rasa penulis artikel tu,berkongsi perasaan dengan ana,hehe.Ye la kowt.Jom baca jap,sama-sama kongsi.^_^

Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,

Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu, Penuhilah hari-harinya dengan beribadat, Kejarlah syurga dan jauhilah neraka, Moga bahagia sepanjang hayat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui" (Al-Baqarah ayat:184)

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur". (Al-Baqarah ayat:185)

"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun".
(Bukhari-Muslim)



BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.

Saturday, July 9, 2011

La Tas'aluni


لا تسألوني عن حياتي
Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku

فهي أسرار الحياة
Ia adalah rahsia sebuah kehidupan

هي منحة هي محنة
Ia adalah anugerah,Ia adalah ujian

هي عالم من أمنيات
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita

قد بعتها ألله
Aku telah menjualnya kepada Allah

ثم مضيت في ركب الهداة
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

لا تسألوني عن حياتي
Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku

أما طريقي فهو قرأن...وسيف...وابتلاْ
Jalan hidupku adalah Quran..pedang..dan ujian

الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
Allah telah memberkatinya dan para Nabi yang terdahulu telah melaluinya

ومواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
Para syuhada' telah menyirami jalan ini dengan darah mereka

فاذا به روض ذكي
Maka jadilah ia taman indah

في اطار من ضياء
Yang dikelilingi cahaya

لا تسألوني عن حياتي
Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku

أما مصيري فهو
Sedangkan penghujung perjalananku

ما يرضي الإله وما يريد
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginiNYA

الفوز بانصر المبين
Keuntungan dengan kemenangan nyata

او الشهادة والخلود
Atau kesyahidan dan keabadiaan

فاذا وجدت على الثرى
Jika engkau telah berada di muka bumi

والعمر محدود الحدود
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas

فكن البطولة والهداية
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk

او فيا بءس الوجود
Jika tidak,alangkah buruknya kewujudanmu

لا تسألوني عن حياتي
Jangan tanyakan aku tentang kehidupanku

فهي أسرار الحياة
Ia adalah rahsia sebuah kehidupan....

Friday, July 8, 2011

~Cari Gali tentAnG JOrdan~


Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum W.B.R

Alhamdulillah,masih lagi diberi kesempatan untuk membersihkan sawang-sawang di blog ana setelah ana ternampak semakin banyak labah-labah bersuka ria bersama famili masing-masing mengadakan rehlah di blog ana ini,hahah.Hari nie,nak cerita tentang Jordan,atau lebih dikenali dengan bumi Syam,tempat ana menuntut ilmu sekarang.Macam biasa la,time-time hujung minggu nie,ana memang suka berdiskusi dengan mak cik Google yang sentiasa ada masa ana perlukan dia,,hehe.Ditakdirkan,junior-junior ana yang baru menjejak kan kaki di Jordan nie,bertanya tentang Jordan dan sejarah-sejarahnya kat sini.Masa diorang tanya tu,baru diri ni rasa insaf.Rupa-rupanya banyak lagi yang ana tak tahu sal Jordan ni.Haish,,masalah betol la,dah tahu tak tahu tu,bukannya nak ambil tahu,buat-buat tak tahu,lama-lama jadi la taucu,adik beradik tauhu.

Ok,,ana pun cepat-cepat la pergi rujuk dengan mak cik Google ana nie.Setakat nie,tu je la maklumat yang baru diperoleh,kena banyakkan lagi majlis ilmu dengan dia,,ehehe.(Jangan tiru aksi ini).Ni la hasil daripada perbincangan kita orang.Jom baca jap,nak jadi pengkritik sementara pon boleh gak,,^________^.

- Nama
Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yg bermaksud kekuatan dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh a.s

- Politik
Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui pilihanraya yang diadakan. Walaubagaimanapun pelantikan Perdana Menteri terletak di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang memerintah ialah Hizbul Watani atau Parti Negara manakala parti pembangkang adalah Hizbul Islami atau Parti Islam atau Parti Pekerja Islam.

- Kedudukan Geografi
Barat Daya Asia , 290 11' - 330 22' Utara dan 340 59' - 390 18' Timur , seluas : 92 300 km2

-Topografi
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan. Laut Mati dan Wadi Araba. Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut. Menuju ke Timur, ketinggiannay semakin bertambah dari Utara ke Selatan dengan direntasi aliran sungai dan lembah. Puncak tertinggi di Jordn adalah gungung UMM ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter. Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 KM. Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam.

- Iklim
Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin. Iklim mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yg sederhana dan musim dingin yang sejuk. Manakala kawasan ghawr adalah terlalu panas semasa musim panas dan sederhana panas sewaktu musim dingin. Purata suhu dalam bulan Januari di Amman, Irbid dan Aqabah adalah 7.3, 8.5 dan 16.1 oC secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7, 24.7 dan 31.2 oc pada bulan Julai. Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah.
Jordan juga mengalami perubahan 4 musim ;

Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos (6,7,8)
Musim Luruh antara bulan September hingga November (9,10,11)
Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari (12,1,2)
Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei (3,4,5)

- Tumbuhan semulajadi
tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala hutan, pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan.

- Populasi
5 759 732 orang penduduk ( statistik Julai 2005 )

- Bahasa
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama

- Agama
92 % penduduk Muslim Sunni, 6 % Kristian , 2 % agama lain seperti Druz

-Bandar Utama
Amman sebagai ibu negara, Irbid di Utara Jordan, az-Zarqa'

- Ekonomi
Pada permulaan penubuhan, kerajaan Jordan bergantung kepada dua sumber ekonomi :
- Sumber di dalam negara seperti cukai, hasil-hasil perkhidmatan dan sebagainya.
- Sumber luar iaitu daripada bantuan dan pinjaman luar.

Menjelang 70-an, Jordan telah mengembangkan sektor-sektor lain seperti pertanian, perdagangan dan perindustrian. Kegiatan perdagangan Jordan meliputi import bahan makanan, petrol dan bahan galian manakala eksport pula adalah fosfat, minyak zaitun, karpet,simen, barangan kulit, buah-buahan dan sayuran. Sektor pertanian pula adalah yang terpenting dan menjadi antara mata pencarian keluarga yang utama di sini. Lebih daripada 40 peratus penduduknya terlibat dengan sektor pertanian. Sistem yang digunakan kini telah banyak berubah setelah kemasukan teknologi pertanian moden dan menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Hasil utama adalah gandum,sekoi,sayur-sayuran dan buah-buahan Mediterranean. Kawasan utama pertanian adalah Aghwar.

- Perbezaan waktu dengan Malaysia
Perbezaan waktu dengan Malaysia pada musim panas ialah lewat 5 jam manakala pada musim dingin, perbezaan itu menjadi lewat 6 jam berbanding Malaysia.

- Matawang Jordan
Matawang Jordan ialah Dinar (JOD / JD). Ia boleh dikategorikan kepada :

1) Wang Kertas
Wang kertas terdiri daripada JD 1, 5, 10, 20, 50, 100. Wang kertas JD100 jarang digunakan. Menjadi kebiasaan jual beli di pasar-pasar, Dinar disebut Lira kerana terpengaruh kepada sebutan matawang Turki iaitu Lira.



2) Wang Syiling
Wang syiling pula ialah JD 0.010 (1 qirsy), 0.050 (biasa di sebut 'syiling'), 0.100, 0.250, 0.500. Sebelum ini wujud JD 1 dalam bentuk syiling tetapi dimansuhkan penggunaan tersebut kerana kemaslahatan dan juga keselamatan dalam urusniaga. Nilai terkecil matawang Jordan ialah fills. Istilah ini jarang digunakan oleh penduduk setempat tetapi mereka kerap malah biasa menggunakan 'Qirsy'. Namun demikian, bukan istilah yang janggal sekiranya mahasiswa Malaysia menggunakan istilah asal iaitu 'Fills'.

3) Kadar matawang
1 Qirsy = 10 fills
10 Qurusy = 100 fills
100 Qurusy = 1000 fills = JD 1

4) Kadar pertukaran matawang antarabangsa
USD 100 = JD 70.800 (menurut pertukaran semasa)

- Makanan di Jordan
Makanan asasi adalah roti yang dimakan dengan keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan tradisional ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam. Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika tetamu berkunjung ke rumah.

Antara makanan lain ;
- Falafil - kacang hijau dikisar dan digoreng umpama kuih masalodeh di Malaysia
- Syawarma - umpama kebab di Malaysia
- Bamiya - sayur bendi dimasak dengan sos tomato

- Universiti utama di Jordan
1) University of Jordan,Amman
2) Yarmouk University, Irbid
3) Mu'tah University,Karak
4) Al al-Bayt University, Mafraq
5) Jordan University of Science and Technology (JUST), Irbid
6) Hashemite University, Zarqa'
7) Balqa' Applied University, Amman
8) Philadelphia University, Amman