Sunday, February 20, 2011

Penat dengan mereka..

Aku penat dengan mereka,
yang tersalut dengan pelbagai karenah dunia,
macam-macam ada,
ada yang suka berdusta,
ada yang suka bermula-muka,
ada yang suka bermain dengan kata-kata,
ada yang cuba mengejar fitnah dunia,
aku penat dengan mereka.


Aku penat dengan mereka,
yang tidak peduli dengan masalah dunia,
tidak endah dengan akhirat di sana,
tidak mahu bermanis muka,apatah lagi bersua,
dengan mereka yang derita dengan masalah dunia,
tidak terkesan dengan amaran tuhanNYA,
tidak lembut hatinya dengan rahmat si Pencipta,
Aku penat dengan mereka,

Aku penat dengan mereka,
kedegilannya masih sama,
kejahilannya makin meningkat setangga,
enggan terima apa yang dikata,
hati menolak hidayah yang diberi percuma,
siapa lagi yang Maha Mengasihani melainkan DIA?
yang sayang akan hamba-hambA yang lupa padaNYA,
tapi awas pada mereka,
jangan sampai DIA membuatkan mereka lupa pada diri mereka,
kerna mereka lupa pada yang mencipta,


Aku penat dengan mereka,
yang sering menuduh tidak tentu hala,
yang sering berkata nista,
tanpa mengetahui asal usul yang dikata,
tidak ingat dengan ingatan Yang Esa,
ibarat makan daging yang busuk lagi meloyakan rasa,
tidak husnuzzan dengan sesama saudara,
bertindak membabi buta,
sungguh aku terpaksa berkasar bahasa,
kerana aku penat dengan mereka,
tapi,aku akur dengan si Pencipta,
jangan kamu penat dengan mengingatkan manusia,
bukankah kekasihNYA Muhammad s.a.w telah berjaya?
jangan kamu rasa tidak berdaya,
Wahai Si pENCIPTA dunia yang penuh bertipu daya,
dan juga akhirat yang penuh dengan nikmat yang tak terhingga,
berikanlah aku kesabaran dalam menghadapi manusia,
sepertimana kau telah berikan kepada Musa,Yusuf dan rasul-rasulMU yang mulia,
cintailah aku sebagaimana kau cintai mereka,
maafkan aku wahai manusia,
kerana aku pernah penat dengan kamu semua,
tapi apakan daya,
kerana aku juga MANUSIA,,

Thursday, February 17, 2011

Wajah-wajah itu,,





Kutatap wajah-wajah itu,
wajah yang tidak pernah jemu memberi ilmu,
tidak pernah rabun dengan buku-buku,
tidak pernah jemu menyebut nama Allah yang satu,
mengingatkan manusia yang leka dengan dunia yang palsu,
aku jadi sangat terharu,

Kutatap wajah-wajah itu,
jasad dan rohnya bersatu padu,
menyampaikan Islam yang tidak pernah layu,
walau manusia-manusia yang lain sudah mula rasa kaku,
aku lumpuh dengan sikap-sikap manusia yang tahu tapi tidak mahu itu,
membekukan kejahilan dengan simen kedegilan yang berbata-batu,
tapi wajah-wajah itu tidak pernah mengalah dengan manusia-manusia yang beku,
aku jadi sangat teruja dan terpaku,

Kutatap wajah-wajah itu,
menyampaikan shadatul haq yang yang perlu diberitahu,
memberi air mau'izah pada manusia yang dahagakan ilmu,
menyuapkan hidangan-hidangan rohani pada hati yang kelaparan itu,
sungguh aku kagum pada sang murabbi yang terpahat disanubariku,
wajah-wajah itu tersenyum menyampaikan sesuatu,
sunggh aku terpana dan terharu,
semoga tiada yang mengharu biru wajah-wajah itu,

Kutatap wajah-wajah itu,
kerutan dahi menjadi saksi yang pasti di situ,
bimbang melihat manusia di sisi terpesong dari landasan Ilahi yang satu ,
mengingatkan manusia pada kematian yang datang tanpa meminta izin dahulu,
menjadikan rasulullah uswah hasanah yang perlu diikuti itu,
membuatkan rasa sebak di hatiku,
aku berkata pada diri yang sedang berlawan dengan nafsu,
suatu hari nanti,akan ku ukir wajahku menjadi wajah-wajah itu,
wajah yang tidak pernah lelah walau diuji dengan masalah dunia yang beribu-ribu,
semoga allah memberi cahanyaNYA pada wajah--wajah itu,
semoga kita bertemu di syurga yang ditunggu-tunggu.