Thursday, January 27, 2011

Mabuk?Err..


Assalamualaikum..:).Dah lame tak update blog,tak tau kenape,,jari ni rasa berat kowt nak tulis.Mungkin sebab musim sejuk,tangan jadi bengkak dan beku,huhu,,kena kuatkan diri.Kepada yang sedang bercuti,selamat berehat.Hurm,walaupun kawan-kawan ana semua sedang berseronok pergi jalan-jalan,ana n kawan ana Hanani,sedang mabuk dengan pogram-pogram persatuaN,,kih3,,takpela,at least dapat luang masa.Thanks pada persatuan sebab selalu ada BANYAK pogram,,he2.Tibe-tibe lak guna perkataan mabuk,,maybe sebab terbaca tentang artikel ni kowt,,huhu.Jom baca sama-sama.:)




Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s. berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s. berada di hadapannya maka dia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s.,
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi,
"Wahai Isa a.s., kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s. pun berdoa,
"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu."
Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s. datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s. tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s. pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s. mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah SWT,
"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."
Selesai sahaja Nabi Isa a.s. berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s. pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s., lalu Nabi Isa berkata,
"Aku ini Isa a.s."
Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu yang berbunyi,
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 3 perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu;

① Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
② Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
③ Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah ﷺ telah bersabda,
❝ Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

❶ Mereka cinta kepada dunia, tetapi mereka lupa kepada akhirat.
❷ Mereka cinta kepada harta benda, tetapi mereka lupa kepada hisab.
❸ Mereka cinta kepada makhluk, tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
❹ Mereka cinta kepada dosa, tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
❺ Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah, tetapi mereka lupa kepada kubur. ❞

Wallahua'alam..

Saturday, January 8, 2011

Wahai Diri!!

Khas buatmu wahai saudaraku,,insaflah wahai diri...


Lahirmu kerna satu tujuan,

Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan

Kemanisan dunia tidakkan berkekalan

Jangan sampai kau sesat di hujung jalan

Wahai diri,

Hari-harimu berlalu tanpa kau sedari,

Bulan dan tahun silih berganti,

Ramadhan,Syawal,Muharram,

Kehidupan semakin menjauhi,

Kematian pula datang mendekati,

Wahai diri,

Alam dan makhluk sukar mengasihanimu,

Masa turut terus meninggalkanmu,

Manusia tidak akan selamanya bersamamu,

Yang pasti hanya Allah yang sentiasa menemanimu,

Wahai diri,

Mengapa wujud takbur dan berbangga?

Sedang kau hanya ciptaanNYA yang akan binasa,

Yang tiada upaya,lemah tidak bermaya,

Wahai diri,

Mengapa kau masih ingkar?

Berani suruhan dan laranganNYA kau langgar?!

Kau nahi yang makruf,kau amar yang mungkar!

Sungguh berani kuasaNYA kau cabar,

Mujur tuhanmu Maha Bersabar,

Wahai diri,

Kenapa kau biar dirimu terleka?

Yakinlah kau akan satu perkara,

Setiap amal pasti akan dibalasNYA!

Maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya,

Wahai diri,

Buanglah ego dan sombongmu,

Mintalah keampunan dari tuhanmu Yang Satu,

Andai selamat yang kau mahu,

Di hari yang dasyat dan tidak menentu

Wahai tuhan,terimalah ampunanku,